Aku suspek yang paling kuat macam gempa bumi tadi datang dari rumah David Teoh yang tak sampai 1km dari rumah aku.
Boom! Walawei, ingatkan apa tadi.Rupanya mercun sempena sambutan Tahun Baru Cina. Memang meriah, aku kena pulak kuatkan volume TV sebab masa tu tadi tengah game penting, Arsenal vs Man U. Oh ya, Arsenal kalah. Biasalah tu...(nak sedapkan hati).(T T). Apa yang aku perasan sekarang adalah setiap kali perayaan kaum, mesti IPG dapat cuti seminggu. Even takde dalam kalendar, tengok dalam takwim mesti dah set cuti seminggu. Maybe disebabkan diversity, tiga kaum utama ni memang ramai di IPG aku. Kalau IPG Kampus Pengajian Islam, Bangi, taktau lah pulak diorang cuti macam mana. Disebabkan diversity inilah, dikira adil la semua dapat cuti lama =)
Even kena ganti,cuti lama memang dinikmati semua warga IPG. Gong Xi Fat Choy!
Cuti seminggu ni aku manfaatkan untuk berehat sahaja di rumah. Plan nak jalan-jalan merayau disebabkan elaun dah keluar..Tapi aku rasa buat masa ni, aku hanya bermalas-malasan dan spend time dengan banyaknya di rumah sebab lepas ni dah praktikum 3 bulan. Cuti bulan 3 nanti pun aku tak dapat spend banyak kat rumah sebab dah ada plan lain dengan member-member. So aku manfaatkan cuti ini sebaik-baiknya dan banyak habiskan masa dengan family.
*Rehatkan badan dan jiwa menempuh praktikum di sekolah besar. ;(
No comments:
Post a Comment