Pages

Tuesday, April 03, 2012

Cherish the moment

The moment I absolutely cherish. Team batch PISMP 2009. Winning the double in Liga Batch 2010 and 2011.

Boleh kata setiap minggu, kami satu batch lelaki yang praktikum di daerah Raub rata-rata akan mengadakan perlawanan futsal sesama kami. Memang meriah. Sebab boleh tahan kaki-kaki bola dapat kat sini. Yang bestnya kadang-kadang budak dari Cameron Highlands turun main, budak Jerantut pun ada. So happening la jugak kat sini dengan aktiviti weekend yang sangat common sejak aku praktikum di sini. Boleh kata ni dah minggu ke 9 praktikum. Aku rasa 7 minggu dah buat futsal. Venue nya di Court Futsal Majlis Daerah Raub dan Court Futsal Felda Tersang. Kadang-kadang import orang luar, sebab tak semestinya tiap-tiap minggu cukup. Tapi sesuailah dikatakan batch aku agak aktif benda-benda ni.

Baru-baru ni, 31 Mac 2012, Sabtu..Kitorang buat lagi di Court Futsal Majlis Daerah Raub yang terletak di tengah bandar. Minggu ni pulak ramai student balik ke IPG untuk mengambil baucer buku. Aku pun tak terlepas peluang untuk mendapatkan baucer buku. Yelah hari tu dok syok tengok budak-budak U pakai kan.hahahha. So bila ramai-ramai pulang, kami bercadang untuk proceed futsal tu Sabtu malam. Sambutan yang menggalakkan bila aku kira total 5,6 kereta jugak yang datang. Malam tu memang main ramai-ramai. Masa berehat kat luar tengah tunggu turn. Aku tengok budak-budak ni..best je rasa. Memang kenangan la. Lima tahun kan kat sini..mana tak rasa lagi-lagi dah final year ni.

Even praktikum jauh-jauh. Bila ada chance, budak ni datang jugak untuk main sama-sama. What a moment. Lepas ni taun depan dah posting…adakah chance ini akan ada lagi? I’ll cherish this.


My book voucher 1st purchase!

Futsal yow!~

1 comment:

  1. I like it because i was seeking for such type of info.
    I hope it benefits all one who land up here.
    Thanks for sharing!!
    1990 Pontiac Grand AM AC Compressor

    ReplyDelete