Pages

Sunday, April 15, 2012

A weekend's time to cherish.chewah!

Minggu ini adalah minggu yang sangat padat. Penuh dengan aksi, debaran, cabaran, air mata, ketelusan, keadaan di mana penulis dah melalut dan mengarut. Kenapa? Aku agak penat lah minggu ni... Selasa observe, Rabu cuti (yang ni I like..kah kah kah), Khamis dah mula buat persiapan camping...petang Khamis camping, malam Khamis berjaga sampai pagi dengar bunyi budak berdengkur, Jumaat pulak tolong bakar ayam untuk jamuan Malam Kebudayaan, pagi Sabtu tadi ada aktiviti 'break camp' dan kawad kaki. Habis pukul 11, pukul 12 aku naik bas ke KL sampai pukul 2. Terus rushing naik LRT ke stesen Asia Jaya sebab ada game rugby liga Selangor di Padang Utara, PJ. Oh mann...sangat padat dengan aksi kan?

At least aku dah nampak dah tugas aku sebagai guru sebenar nanti. Ni baru praktikum, seminggu 10-12 waktu je. Kalau guru sebenar sampai 30 waktu + aktiviti-aktiviti sekolah yang perlu terlibatkan dirinya pun yadoii...

Ok lah, nak taip pun otak penat.bye!

No comments:

Post a Comment