Pages

Thursday, February 02, 2012

Training merentas desa bersama 3 sekolah.

Hari ni merupakan hari ketiga praktikum. Aku mula mendapat jadual dan pagi tadi lepas perhimpunan, semua guru diminta tunggu. Aku pun mula memikirkan mungkin ada taklimat apa-apa. Betul jangkaan aku, ada taklimat mengenai latihan merentas desa pada petang tadi serta mengenai Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah yang berlangsung Jumaat ini. Kami diberi penerangan ringkas mengenai aktiviti petang ini dan untuk Jumaat nanti. Dah disebut-sebut bahawa guru praktikum akan membawa aktiviti senamrobik pada pagi Jumaat nanti..ahlamakk...masing-masing dah gelisah. Sorang pun takde pengalaman membawa aktiviti ini,semua just pernah ikut je..kami juga mendapat tugas masing-masing untuk kejohanan nanti. Kami semua guru praktikum dan guru baru kena jaga checkpoint. Seronok jugak sebenarnya, boleh jalan-jalan..hehehe



Warming up dulu

Petang tadi, latihan merentas desa dijalankan di trek sebenar. Aku pun tak pasti berapa jaraknya tapi mengambil masa lebih kurang sejam untuk menghabiskan trek tersebut. Aku kesian jugak dengan budak-budak ni. Tapi nak buat macam mana, memang kena latih badan tu. Aku ditugaskan menjaga checkpoint di lokasi lebih kurang separuh perjalanan. Macam-macam gelagat ada, ada yang merungut, mengah, nak tumpang motor cikgu, mengada. Semua ada. Padahal tu semua murid laki tu..hehe,takpelah..budak lagi.

Setelah semuanya selesai, guru-guru dijamu minuman dan murid-murid dibenarkan bersurai. Esok tak tahu apakah cabaran yang bakal menimpa tapi aku cuba menjadi sepositif mungkin. Sekolah besar, murid semua lelaki, banyak dugaan tapi aku ambil ini sebagai inisiatif untuk belajar. Harap-harap aku mampu...~

No comments:

Post a Comment