Pages

Wednesday, January 25, 2012

The prank:latest.

Prank do make people closer. This time, siblings..aku tak ingat nak explain semua, tapi selagi boleh..kita akan belajar sama-sama bagaimana untuk membuat ranjau atau prank yang simple tapi memberi makna untuk kita semua. Kali ni aku memilih target yang biasanya akan kena di rumah aku, tak lain tak bukan si bongsu atau the youngest one! Yeah, aku geram dengan dia sebab dia agak manja dan pandai melawan. Biasalah, bongsu kan. Medium kali ni? Juga handphone macam yang aku buat dalam entri sebelum ini. Ini yang paling latest punya, panas lagi..baru execute petang tadi. Tak perlu susah, tak perlu nak beli and pakai kostum beruang macam kat bawah ni....(- -")

Haiyohh.....


Ok, subjeknya adalah adik bongsu aku yang sedang bercuti di rumah seminggu sebab cuti Tahun Baru Cina. Dia sedang dalam PLKN, yang dia memang taknak langsung dan bad mood sebelum pergi awal Januari lalu. Sekarang dia berada di rumah dan esok dia nak balik dah.. Apa yang dia buat di rumah? Kalau tak kat dapur, dia akan main game Plant vs Zombies di laptop kakaknya atau menonton Running Man. Seorang yang leka bila mendapat apa yang disukainya. That's a good subject! Orang macam ini memang seronok untuk di'prank'. Adakah aku abang yang jahat? Maybe...atau maybe jugak aku seorang abang yang normal. Sama dengan abang-abang lain di dunia. Oh ya, dia agak tak suka sebab siblings lain tak kena PLKN..and dia kena! That's fun already. hahahhahaa.

OK, next. Aku nak preview sikit lagu tema PLKN ni....


Lagu dia familiar jugak kan? "Kami wira-wirawati negara...."..hahaha...Plus abang dan mak aku cerita...masa diorang lawat hari tu....ada announcement.."Perhatian kepada WIRAWATI Nurul Shazana Bt Mohd Zain, sila datang ke bla bla bla..."..hahha..kat rumah ni nama temporary dia ialah 'wirawati'. Dan dia hanya akur sebab tak mampu nak lawan semua. Tapi, benda itu belum berakhir di situ. Aku download lagu PLKN tu versi MP3 dan secara senyap masukkan dalam HP dia dan jadikan caller ringtone..hehheehehehhe...

Tengah hari tadi, abang aku balik..aku saja suruh dia call number HP si adik bongsu aku ni...dan berkumandanglah lagu PLKN tersebut.."hahahha..semangat gila siap buat ringtone", dan dia membuat muka bengang..mak aku pun turut tergelak sama. Dan dan topik pasal PLKN keluar balik tadi dan kami berborak mengenainya. See? Prank do make people closer together. Adik aku pun dah lali dah, banyak benda dah dia kena. Tapi tak la melampau, it's for fun. Just don't cross the limit =)

Tuesday, January 24, 2012

The habit that stuck up on me.

Yaaahh..bangun pagi tadi, geliat..guling-guling dulu...tutup langsir, bukak langsir...dan..amek dua-dua handphone dan cek.."hmm..takde pape pon". Memang la takde pape, aku bukan ada status apa-apa, tiada awek mahupun skandal yang akan menghantar mesej di kala pagi. Then aku baru perasan, aku dah setahun lebih single. Kenapa aku still terikat dengan habit menyayat hati ini? Bila tengok tu memang tak rasa dissapointed pun, rasa lawak pun ada. Ko dah tau memang takkan ada apa-apa untuk dilihat kat fon tu.haha


Aku rasa sebab habit ni melekat kot, aku pun tak sure camne nak remove habit sebegini. Setahun lebih dah kot, kenapa nak rasa excited bangun pagi terus cek fon. Lebih baik aku bingkas bangun dan bermain game. Mungkin lebih seronok kalau macam tu. Hey, aku memang sedang mencari, tapi buat masa sekarang masih belum jumpa. I'm finding the right one while enjoying every bit of my single life and last year with my friends. So I'm doing fine. Maybe this stupid habit caught up on me sometimes..Aku pun tak tahu macam mana nak delete habit sebegini...;(

*entri pendek sebab neuron dalam otak masih mahukan sarapan.

Monday, January 23, 2012

My family house.

Entri pasal rumah pulak. Kenapa? Sebabnya aku duduk di Segamat ni 2nd time untuk tahun ke 4 dah. Aku memang lahir dan tinggal di sini, tetapi sebab arwah abah aku kerja sebagai konduktor ladang di Risda, kehidupan memang berpindah randah. So masa aku darjah 5 aku berpindah ke Ladang Risda Palong 2, Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan. Since darjah 5, aku menjadi penduduk Nogori selama 8 tahun. Oh ya, aku tinggal di kawasan estet di waktu itu. Pernah tengok movie Estet?Yang ada Farid Kamil dan Rosyam Nor tu..lebih kurang macam tu la scenery dia.... Estet aku ini juga pernah menjadi lokasi penggambaran filem Senario Lagi, adegan di ladang getah dan sawit serta perkahwinan orang India dalam filem tu...semuanya buat di ladang ini..Even jiran aku turut berlakon serta motosikal meletup(dia punya) dan basikal anaknya digunakan dalam filem tersebut.

Duduk di Estet, bilangan penduduk Melayu agak sedikit, tak sampai 30 family. Maybe dalam 20 lebih..yang ramainya orang Indonesia. Masa di rumah aku dulu, kilang getah tempat abah aku mengurus, betul-betul depan rumah aku. Memang aku dah lali dengan bau ammonia dan juga bau getah menusuk lubang hidung aku. Mungkin juga tumbesaran aku terbantut disebabkan bau itu.Yeke?hahahah.Aku still tak puas hati ketinggian aku cuma 168cm. Alang-alang bagi la 170cm kan smart sikit..hehe.gurau. Aku juga sering menghadapi saat-saat kelakar di Estet itu. Paling aku ingat ialah meminta sain borang PIBG di kilang getah dengan menaiki basikal sebab abah aku tak pakai HP. So aku pergi ke situ dengan dikelilingi getah skrap sambil menahan nafas di kala menunggu abah aku mengesain borang tersebut.

Duduk di estet ini memang menjadikan anak-anak pegawai dan konduktor menjadi lasak. Mana taknya, ngadap ladang getah, ladang kelapa sawit, jauh dari bandar. Abah aku dulu lagi syok, sebab memang kebun ini tempat dia. Sebenarnya dia lebih pada pejabat, tetapi dia suka merayau dan pergi ke kebun dan masuk ke ladang. Nama je konduktor@pegawai tapi dah mengalahkan pekerja ladang pulak. Tapi itu dah memang minat dia, so aku memang faham. Kalau bosan dia akan mengail di paya atau membakar daun-daun kering. Memang semua orang faham sangat hobi dia. Tetapi apa yang aku nak highlight kan di sini ialah komuniti di estet tersebut. Tak kiralah Melayu atau Indonesia, pangkat apa sekalipun..mereka memang baik dan senang membantu.

Semasa hujung 2008, aku berada di semester pertama program Persediaan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), dan oleh sebab abah aku meninggal dunia, kami perlu berpindah dari estet tersebut sebab rumah itu rumah kakitangan. Pada masa itu juga, abah aku dalam proses membina rumah di kampung setelah pencen. Malangnya dia tak sempat tengok rumah itu. Pada masa itu Risda memberi masa untuk kami tinggal selama 2 bulan sementara menunggu rumah kampung kami siap. Alhamdulillah, bila tiba masanya kami dapat berpindah. Dan Risda serta semua penduduk di situ memberikan bantuan. Memang terasa warm hati bila mendapat bantuan sebegitu rupa. Disediakan van dan lori. Sampai ada kawan-kawan sekerja abah follow sampai Segamat sebab nak tolong unpack.Memang syok la duk Palong ;)

Saat perpindahan, motor JJK legend(wajah lama) bersedia untuk masuk lori.

Penduduk sekeliling tolong-menolong

Pekerja-pekerja abah pun turut membantu.

A glimpse of ruang tamu. (that time memang kosong lagi baru sampai)

Lorong between 5 bilik.

My mom's kitchen.

Shared bathroom a.k.a guests bathroom. Siblings laki kena kongsi, siblings perempuan every bilik ada own bathroom.

Voila! (ni gambar masa tu, sekarang kena bayangkan penuh bunga dan berpagar di tembok itu.)



Gambar kat atas ni semua gambar tahun 2007-2008...sekarang Januari 2012. Genap lah 4 tahun kami berpindah ke Segamat. Rumah yang dibina di atas tanah milik arwah abah aku ini menjadi tempat kami sekeluarga berkumpul for now and the future. At certain times, aku rindukan rumah di Palong itu..sebab suasananya...tapi whenever our family were together, it is the most important thing for us ;)


Dear Friend.


This is some sort of a request to a friend, hope this friend can be happier and I'm truly sorry and I didn't mean to cause this friend some trouble. So, I think the best is to walk away, take care and be happy!;)

*Sometimes you need to let go the things that make you really happy, in case it can make others happy.. that's the beauty of friendship.~

Happy Chinese New Year and the relaxing holiday.

Aku suspek yang paling kuat macam gempa bumi tadi datang dari rumah David Teoh yang tak sampai 1km dari rumah aku.

Boom! Walawei, ingatkan apa tadi.Rupanya mercun sempena sambutan Tahun Baru Cina. Memang meriah, aku kena pulak kuatkan volume TV sebab masa tu tadi tengah game penting, Arsenal vs Man U. Oh ya, Arsenal kalah. Biasalah tu...(nak sedapkan hati).(T T). Apa yang aku perasan sekarang adalah setiap kali perayaan kaum, mesti IPG dapat cuti seminggu. Even takde dalam kalendar, tengok dalam takwim mesti dah set cuti seminggu. Maybe disebabkan diversity, tiga kaum utama ni memang ramai di IPG aku. Kalau IPG Kampus Pengajian Islam, Bangi, taktau lah pulak diorang cuti macam mana. Disebabkan diversity inilah, dikira adil la semua dapat cuti lama =)

Even kena ganti,cuti lama memang dinikmati semua warga IPG. Gong Xi Fat Choy!

Cuti seminggu ni aku manfaatkan untuk berehat sahaja di rumah. Plan nak jalan-jalan merayau disebabkan elaun dah keluar..Tapi aku rasa buat masa ni, aku hanya bermalas-malasan dan spend time dengan banyaknya di rumah sebab lepas ni dah praktikum 3 bulan. Cuti bulan 3 nanti pun aku tak dapat spend banyak kat rumah sebab dah ada plan lain dengan member-member. So aku manfaatkan cuti ini sebaik-baiknya dan banyak habiskan masa dengan family.

*Rehatkan badan dan jiwa menempuh praktikum di sekolah besar. ;(