Pages

Friday, June 15, 2012

Euro 2012 dah datanngggg

Seperti yang anda tahu, setiap dua tahun kaki bola sedunia akan menunggu event besar bola sepak dunia iatu Piala Dunia dan Kejohanan Eropah atau lebih dikenali sebagai EURO. Kedua-kedua event ini berselang selama dua tahun contohnya Piala Dunia 2006, Euro 2008, Piala Dunia 2010, Euro 2012 dan seterusnya. Of course lah Piala Dunia lagi besar event nya kan sebab dah nama pun dunia. Tapi Euro ni pun tidak kurang gempaknya sebab kebanyakan kuasa besar bola sepak dunia berada di benua ini.
Tuan rumah Euro pada tahun ini ialah Poland dan Ukraine. Tahukah adik-adik? Kejohanan Euro ini merupakan kejohanan sukan besar yang pertama dianjurkan oleh kedua-dua negara ini. Malaysia pun dah pernah jadi tuan rumah Sukan Komanwel.


Sebanyak 16 pasukan yang bertanding dan selain tuan rumah, semua 14 negara bermain di pusingan kelayakan untuk menyertai kejohanan ini. Bukan siapa cepat daftar, dia dapat ya adik-adik.
Pembahagian kumpulan adalah mengikut yang tertera.
KUMP A - Poland, Greece, Russia, Czech Republic
KUMP B - Netherland, Denmark, Germany, Portugal
KUMP C -Spain, Italy, Croatia, Ireland
KUMP D - England,France,Sweden,Ukraine

Tumpuan pasti tertumpu kepada kumpulan B dimana banyak pasukan yang diminati awek-awek tergolong dalam kumpulan ini seperti Belanda,Jerman dan Portugal.

Euro pada tahun ini bermula pada 8 Jun 2012 di Poland dengan menampilkan perlawanan pertama tuan rumah bersama, Poland menentang Greece yang berkesudahan seri 1-1.

Pastinya Euro ini menjadi tumpuan rakyat dunia dan juga menjadi pemangkin kebangkitan ekonomi di kedai-kedai mamak di seluruh Malaysia. Sekian.

*Penulis adalah peminat Azzuri ataupun Itali. Tak kisah la takde player jambu pun tapi penulis minat dari zaman dahulukala lagi. Walaupun prestasi mereka agak..hurmmmmm

Akhirnya,kali kedua....

Aku dah lama tak update entri. Kenapa?
A. Sebab aku malas.
B.Masa dihabiskan dengan streaming lagu dan layan bola.
C. Laptop sudah mula menunjukkan sakit tua.

Aku juga seorang yang degil dan boleh dikatakan tradisional membiarkan sahaja laptop aku apabila kenazakannya semakin terserlah.
Pertama, nak on dia bapak lama...serius..kau on, kau gi dapur makan nasik, kau balik bilik tengok baru siap on tapi tak habis loading lagi. Kau main game jap kat handphone kau sambil baring-baring, 3-4 level...haaaa baru betul siap.Paling dahsyat, nak off pun lebih kurang sama je maa dia!
Kedua, sudah mula menunjukkan kebengongan apabila layan cerita atau series tibe2 je sangkut-sangkut cerita tu masa layan kat mana-mana player. Kadang-kadang bila pusingkan volume kat bawah tu, cerita tu pulak jadi sangkut.
Ketiga, tiba-tiba pulak broadband aku kena install balik.Haih,leceh!
Climaxnya apabila hari Selasa yang lepas, aku on..lepas tu...tak habis2 loading. Dah siap, tapi explorer takleh bukak and asyik error sahaja. Dan sejak itu, aku terpaksa membuat keputusan.Pergi kedai!

Aku memformat laptop aku di System-Vertex Computer Center di bandar Segamat. Layanan ok, amoi pun comel, and dia banyak reccomend apa yang patut and firstly dengar dengan teliti apa yang customer nak. Mula-mula dia suggest Windows 7. Aku tak yakin sebab tak pernah guna and risau kalau terlalu berat. Maklumlah. Laptop aku ni Acer Aspire je.5 tahun dah pakai. Dah boleh gi tadika dah. So, aku mula-mula cakap nak pakai Vista jugak. Then aku tinggalkan laptop aku, esok tu aku dapat phone call dari technician dia. Dia kata aku punya Vista dah corrupt and take time untuk renew. So dia suggest aku pakai Windows 7. Aku pun kata ya sebab nak cepat.(Serius 1 malam je takde laptop dunia kabur).hahahah. Then petang tu siap aku ambil. Kat sana dia suruh try tengok, aku pun on. Wow laju.hahahahhaa. Orang dah lama tak rasa laptop laju, jadi gayat padahal laptop sendiri. Aku pun puas hati dengan features yg dia masukkan and dia dah siap back up kan semua data aku.


Balik rumah aku terus guna. Puas hati jugak la. Sejak aku beli laptop ni pada 2007, inilah kali kedua laptop ini diformat. Kali pertama diformat pada tahun 2008 oleh budak batch aku kat IPG, Zul, (sekarang dah pindah IP Mizan) dengan upah dua batang rokok sahaja. Kira ok la boleh tahan sampai la ni..hahaha..so alhamdulillah aku takde lah serabut sangat dah la nak buat Kajian Tindakan untuk final sem ni..so laptop ini amatlah perlu dalam condition yang baik. Sekian.