Pages

Sunday, April 21, 2013

Favorite comedian :)

Dalam pengetahuan umum, penggunaan perkataan "komedi" seringkali merujuk kepada ciptaan atau penyampaian kelakuan atau lakonan yang menggelikan hati atau merangsang ketawa. Satu lawak atau sketsa secara verbal mahupun bukan verbal yang mampu membuatkan audiens ketawa. Aku juga tidak terlepas daripada suka melaksanakan perkara sebegini..sebab lawak mampu buatkan orang lain ketawa sekaligus melupakan segala permasalahan dan menceriakan mereka. Aku sering dilabel 'jarang serius' dan kemuncaknya adalah pada suatu seminar or kursus ke ape tah, bila aku duduk sebelah roomate aku, kami semua peserta diarahkan untuk menulis kelemahan dan kekuatan rakan di sebelah. Bila aku baca kelemahan aku dia tulis salah satunya 'tidak serius' dan kekuatan aku juga 'tidak serius'. Untuk beberapa hari lepas itu aku cuba untuk menjadi seorang yang serius, tetapi gagal. Sebenarnya sikap suka melawak ini adalah peribadi dan selalunya terjadi secara sendiri. Namun begitu, aku masih ada orang yang aku hormat dan respek dalam bab komedi ini dan mampu membuatkan ramai orang ketawa.



Jim Carrey (51)
Terkenal dengan movie The Mask, Ace Ventura, Dumb and Dumber,
Liar Liar, Yes Man, Batman, Bruce Almighty

Steve Carell (51)
Terkenal dengan movie  Get Smart, Despicable Me, Date Night, Evan Almighty
Terkenal dengan siri TV The Office

Rowan Atkinson (58)
Terkenal dengan siri TV Mr.Bean (confirm korang tau!hehe) dan juga movie seperti Johnny English

Zach Galifianakis (43)
Terkenal dengan Movie The Hangover (1,2,3), G-Force, Due Date



Aziz Ansari (30)
Seorang stand-up comedian (pelawak pentas) dan juga memegang watak dalam movie seperti 30 Minutes or Less, I Love You Man serta siri tv Parks and Recreation

Kevin Hart (32)
Terkenal dengan Movie seperti Soul Plane, Along Came Polly, Scary Movie dan Drillbit Taylor


(Allahyarham) Tan Sri P. Ramlee, AR Tompel dan Ibrahim Din
Mereka merupakan ikon legenda lawak Malaysia yang terkenal sebagai trio Do Re Mi, lawak yang sangat bermesej dan kreatif.

Thursday, April 18, 2013

Baby memang comel...tapi...

Setiap kali ke rumah majikan aku untuk mengajar tusyen, sebelum naik ke tingkat dua(kira classroom aku kat situ) untuk memulakan kelas..aku akan meluangkan masa beberapa minit untuk bergusti dan bermain dengan anak majikan aku yang berusia 10 bulan sekarang. Baby comel ini tidaklah senang menangis dan agak mesra alam. Siapa saja yang dukung, dia tak kisah. Asalkan dia ok. Memang aku pantang jumpa baby ni, rasa nak cubit je setiap kali. Tambah pulak yang mesra-mesra alam ni. Kecomelan mereka memang membuatkan ramai manusia geram hahaha.

Sekadar gambar hiasan


Hari ini juga aku membuat perkara sama. Kacau baby itu kejap sebelum naik ke kelas. Baby itu pula sudah fasa merangkak dengan sepantas kilat dan pantang tengok pintu terbukak atau tangga. Memang dia nak pergi. Tangga pun dah power cepat betul panjat sampai atas even berjalan pun belum reti lagi. Sebelum balik tadi, aku berborak seketika dengan majikan aku. Masa tu baby tu tengah tidur dalam buaian. Dia kata baby dia ni pukul 12 malam nanti mesti bangun dah. Majikan aku yang suaminya bekerja out station selalu memang banyak jaga baby tu sorang-sorang. "Habis tu kalau dia terjaga?" tanya aku. "Dia akan buat bunyi, tapi tak nangis tapi dia mesti bagi tahu yang  dia bangun.Kena la melayan, kalau tak semua benda nak dipanjatnya". Aku tergelak je dengar, baby dia memang aktif. Tapi memang biasa aku tengok majikan aku tu punya kegigihan menjaga baby dia. Baby dia tak kacau dia, cuma dia kena alert sentiasa, kena tarik everytime baby dia terlepas jauh. Tak tambah pulak dengan pembuangan sisa-sisa, nak makan, nak minum apa semua kan. Before aku gerak keluar dari rumah tadi, ayat terakhir dari majikan aku adalah " Ko dah ada anak nanti tau la Shafiq! hahahhaa". 
........aku terdiam,cuma mampu tersenyum dan beredar dari situ. hahaha



Wednesday, April 17, 2013

Ahhh I miss this game :(

Ahh rindunya nak main warghhhh!












Bila la dapat main lagiiii



Transisi Hidup

Setiap orang berbeza, bukan sahaja dari segi fizikal, malah kehidupan mereka juga mempunyai satu perjalanan yang tersendiri..bergantung kepada keputusan yang mereka buat dan juga keupayaan mereka untuk menjalani kehidupan itu sendiri. Ada orang yang dapat menjalani kehidupan yang mereka inginkan, apa yang mereka idamkan, "couldn't been better..." bak kata mereka. Ada juga yang tidak dapat menjalani kehidupan yang mereka inginkan dan mengikut sahaja apa yang ditetapkan untuk mereka tetapi masih menikmatinya. Selain itu, ada juga yang dapat apa yang mereka mahukan, dapat mencapai apa yang dirancang tetapi tidak pernah berasa selesa dengan keadaan mereka. Perbezaan kehidupan dan perjalanan hidup ini bergantung pada sesetiap individu itu sendiri. Penerimaan mereka dalam konteks kehidupan, cara mereka menghadapinya serta kawalan emosi mereka merupakan penentu kepada kehidupan mereka sendiri. Mereka yang mengawalnya, memanglah...dikatakan kita ikut sahaja takdir yang membawa kita kepada sesuatu situasi, tetapi cara setiap orang menerimanya.




Kalau nak ikutkan, aku tak sangka akan berada dalam kehidupan sebegini. Berbeza dengan apa yang ada dalam kepala aku beberapa tahun dulu. Tetapi, dari masa ke semasa aku cuba untuk 'adapt', cuba untuk enjoy sebaik mungkin apa yang ada sekarang. Dalam pada masa yang sama, oleh kerana situasi family aku, aku juga cuba untuk memenuhi tanggungjawab sebagai anak lelaki, dan apa sahaja pekara kebanyakkannya aku akan ambil kira mak aku yang sekarang tinggal bersama aku di rumah. Bukan aku taknak keluar,lepak2, turun JB ke, turun KL ke, tengok bola kat stadium ke, cuma aku takkan rasa sedap hati jika nak keluar selalu..padahal kalau kat hostel memang ada duit je, KL laluuu. Bila aku dah bekerja nanti (posting pun entah bila), aku macam mesti akan terfikirkan keadaan family aku dulu. Dua orang adik aku even dah habis sekolah, masih belajar. Abang aku pun tinggal jauh di utara tanah air. So bila sekarang ni aku lambat posting, aku rasa maybe hikmahnya aku dapat tolong teman mak aku. Kerja pun cari2 sekitar sini je, Alhamdulillah ada jugak tempat tusyen memerlukan khidmat aku. Aku rasa lega bila dapat buat perkara yang betul, sebab kadang2 'the hardest thing and the right thing are the same'. Apa pun, kalau dah posting nanti, akan timbul lagi dilema dalam memikirkan keputusan yang perlu dibuat. Dalam situasi kerjaya aku, kalau dah keluar list posting memang kena pergi. Tapi tulah, bila dah rasa umur macam ni, banyak faktor nak diambil kira. Korang akan pertimbangkan antara keluarga korang, kerjaya,kesihatan, ekonomi, kawan-kawan pun...Bagaimana penerimaan korang pada benda tu, itu yang boleh buat kita jadi manusia yang kuat...menghadapi apa sahaja transisi hidup, masalah memang akan muncul beb.Memang akan muncul. Bukan jadi hebat sebab ada kerjaya yang hebat , gaji yang lebat. Tapi lebih kepada cara menangani apa sahaja yang kehidupan 'offer' pada kita. InsyaAllah :)








Saturday, April 13, 2013

Radioactive

Radioactive biasa korang dengar macam merbahaya kan? Tapi ni adalah single terbaru band unik Imagine Dragons yang famous dengan lagu ' It's Time '. Yeah!

"I raise my flags, don my clothes
It's a revolution, I suppose "

*Bukan kempen pilihanraya ye hahaha