Pages

Showing posts with label sports. Show all posts
Showing posts with label sports. Show all posts

Wednesday, April 17, 2013

Wednesday, February 06, 2013

Apa yang anda perlu buat jika pasangan anda gila bola sepak?



Sebagai lelaki, memang tidak hairan jika melihat golongan ini meminati atau 'menggilai' bola sepak. Bab main, mahupun menonton perlawanan di televisyen. Kadang-kadang ada pasangan yang sama-sama minat bola sepak, boleh pergi tengok live game sama-sama, boleh ke stadium sama-sama, boleh borak pasal team sama-sama. Tapi situasi itu amat jarang, bukan kebanyakan wanita yang minat dengan benda macam ini. Kadang-kadang bagi yang sudah berpasangan, si lelaki minat tapi perempuan kurang atau memang tak minat, boleh menimbulkan pelbagai situasi yang mungkin boleh kata masalah kecil, sampai tahap boleh mengganggu emosi sedikit. Tambahan pula bagi lelaki yang sangat menggilakannya. Bila tengok game team kegemaran, memang tak boleh ganggu langsung. Nak mesej tak boleh, nak call susah, kalau mesej pun balas lepas 10,15 minit. Bukan takde yang boleh mesej masa tengok game or layan bola kat stadium, tapi kebanyakan lelaki yang 'die hard fan' memang sukar diganggu tambahan pulak kalau tengok team favourite dia, game best, atau sedang menonton sambil hangout dengan kawan-kawan.

Ada beberapa cara bagi menghadapi situasi ini tanpa menimbulkan sebarang konflik atau salah faham, merajuk, terasa hari dan sebagainya.

1. Minta dia beritahu jika game sudah bermula.
Ini untuk menyediakan mental anda jika pasangan anda mahu menonton bola sepak. Biasanya malam minggu. Jika dia hendak keluar melepak dengan kawan-kawan sambil menonton bola, itu adalah signal untuk dia menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Unless dia memang jenis selalu mesej tak kisah ada gempa bumi or sedang berada dalam kebakaran. Bila anda beri 'space' pada dia tanpa diminta, dia akan rasa lega sebab anda memahami. Dan ingatkan dia untuk hubungi anda jika game sudah habis atau anda hendak tidur. Tapi janganlah pulak letak :( kat hujung mesej anda, nanti dia ingat anda tak suka pulak.haha.

2.Tidak perlu beriya-iya sangat jika anda memang tidak suka.
Ada juga sesetengah wanita yang menganggap, bila pakwe mereka ni 'semangat' tengok bola, maka mereka pun perlu semangat. Lelaki sebenarnya bukan mahu mengubah pasangan mereka sampai tahap sebegitu. Cukuplah ambil tahu sedikit, or beli jersi sama ke, ikut pergi stadium. Sebab bila diri sendiri memang dah tidak berapa minat, jangan memaksa diri untuk berubah supaya minat jugak. Kadang-kadang ada sampai menjerit gol lebih-lebih dari pakwe dia. Sebab benda ni won't last. Katakanlah..(katakanlah) berpisah kan, so camne dengan minat tu? Berubah balik semula? Ha..kena fikir tu. So jangan sampai obses ok.

3.Ingat pasukan yang dia suka, dan tak suka.Hehe :P
Ha..yang ini..rasanya kena tahu. Bukan apa, senang jugak untuk anda. Nak beli hadiah ke or souvenir ke, senang jugak tak perlu fikir panjang. Dapatkan apa-apa berkaitan team dia, mesti dia suka. Kalau perbualan ke apa boleh jadi usik dia, kalau dia boleh terima, bahan team dia, hehe. Tapi kalau selalu jangan la eh. :P. Kalau team dia tak suka tu pun kena ambil tahu gak,boleh bahan sama-sama hahahaha.

Antara hadiah besday yg aku pernah dpt 3,4 tahun lepas.
Cupcake Arsenal dgn aku sekali ada dlm list players.


4.Jangan puji player selalu cuma sebab hensem.Depan dia.
Ha yang ni...errr. Selalu jadi. Kadang-kadang bagi orang yang tak tahu, diorang akan tengok appearance jelah. Biasalah tu. Hehe, pasangan anda tu lelaki, takut kang dia kuat jeles. Bila anda asyik puji-puji, komen-komen appearance player tu, dia jadi tak syok la. Ada certain orang dia boleh terima, layan aje. Hehe. Tengok keadaan ok.kih3


The biggest point is 'memahami'. Hehe mudah je. Kalau memahami, secara automatik anda akan memahami perkara seperti ini. Dan boleh menerimanya dengan baik. Bagi orang yang  minat bola ni, ini 'passion' mereka. Lagi-lagi kalau liga di Eropah, diorang tak boleh nak ke sana tengok, so kat tv or kedai mamak je lah mereka boleh berkumpul dengan member or spend time lepak rileks kat rumah tengok game bola. So kalau pasangan anda seperti ini, rileks, fahami dan jangan bertelagah pulak pasal benda ni. Small matter je. Bila dah habis game or free tu, luangkan lah masa banyak2 kali ribu2 pun takpe.hehehe :). Kalau korang sayang dia, janganlah suruh pilih antara bola dengan korang. Itu maknanya suruh pilih antara passion dorang pada bola dengan sayang dia pada korang. Passion dengan sayang. Dua benda berbeza. Hehe :)



*Gambar kek tersebut adalah hadiah dari 'ex' penulis. Hanya menggunakan gambar tersebut sebagai contoh walaupun sudah lama tiada hubungan lagi.Harap maaf jika menggunakan gambar tersebut, tapi hadiah tersebut antara yang paling diingati oleh penulis. Sekian.





Saturday, November 24, 2012

Number faveret.Korang mesti ada kan?

Salam and good....(tengok jam)..morning! 4.00 am aku menaip blog.Bosan, baru lepas layan Man VS Food di Travel Channel. Bosan sungguh.Semenjak dua menjak ni aku menjadi penanam anggur yang berjaya. Hanya duduk di rumah bergoyang kaki tidak membuat apa-apa. Menarik dan rileks sebenarnya, rehat, tidur, makan, berguling. Tapi yang tak bestnya akan cepat bosan plus takde fulus. Pembaharuan yang ada dalam hidup aku baru-baru ini ialah aku terjebak dengan menonton 'Family Outing'. Sebuah rancangan 'variety' Korea Selatan yang merupakan keluaran stesen SBS sebelum 'Running Man'. Menarik jugak konsepnya. Tapi aku bukan nak fokus cerita pada siri tu, sebab aku harap korang dapat tengok sendiri kelawakan dan kespontanannya. hahaha.

Post aku kali ini nak timbulkan pasal topik nombor kegemaran. Tak kisahlah pada jersi ke, pada motor ke kereta ke, pada nombor rumah sendiri ke, tapi aku pasti setiap orang ada kecenderungan pada memilih satu-satu nombor itu. Contohnya macam lelaki. selalunya jersi lah jadi platform untuk melihat pada nombor yang digemari. Macam aku, obviously number 7 since sekolah. Aku akan prefer number tu every time, every game (kecuali senior dah ambil nombor tu, so mengalah). Kalau main bola untuk sekolah, coach Cikgu Kang Hook Tiang, pasti akan berkata "haaa.yang pakai jersi no 7 dengan no 9 kena perform" sebelum game. Tekanan jugak sebenarnya. Haha. Aku minat sebab aku rasa nombor ni best dan ada jugak pengaruh-pengaruh atau anasir luar yang membuatkan aku 'tertangkap dengan nombor ini.

Antaranya, yang paling awal ialah David Beckham. Korang tipu lah kalau tak kenal. Kalau tak kenal pun mesti sebab memang tak minat sukan atau tak pernah ambil tahu langsung. Beliau adalah bekas kapten skuad bola sepak England dan sekarang menghabiskan sisa kariernya di Los Angeles Galaxy. Pernah beraksi bersama Manchester United, AC Milan dan Real Madrid. Gempak dia ni. Memang legend. Dan dialah yang aku  nampak kehebatan memakai no 7 itu. Pakar set piece dan hantaran, walaupun aku memang 'lari' gila dari cara dia main, tapi he's one of my early idols.


Hensem kan? Tapi aku suka tengok ability dia in the field.


Selain tu jugak, aku meminati penyerang Spain dan Barcelona sekarang...David Villa. Pemain serangan yang boleh beraksi di posisi sayap dan penyerang tengah. Ha yang ini memang aku try imitate kat sekolah menengah. Masa tu orang lain tak nampak dia lagi, tapi aku dah rasa yang dia ni akan jadi 'star' nanti. Running boleh, shooting boleh, set piece boleh...Itu yang aku minat. Dan siap masa form 4 aku start simpan macam janggut yang kat bawah bibir tu konon nak bagi sama hahahaha bodo kan?Diam.

David Villa - Top Scorer Euro 2008

Ragbi is my main sport. Actually dalam international scene, number jersi setiap player adalah mengikut posisinya. Kalau level dalam Malaysia ni, takdelah strict sangat tapi kalau international teams, memang mereka akan organise jersi player ikut posisi. Kalau aku suppose aku pakai no 10(ikut position) tapi aku dah tak suka, dan aku membuat suka hati aku memakai jersi ragbi sekolah no 7 jugak. Tapi kalau takde, or senior dah ambil, aku berpaling arah pada 2nd choice aku iaitu no 11 sebab rugby legend, Jonah Lomu used to wear this number :). Kalau sekarang aku memang tabik respek pada kapten All Blacks Richie McCaw yang bermain di posisi number 7(flanker) itu. Bukan sebab nombor saja, tapi memang dia ganas dan paling fit dalam team. Great leader.

Richie McCaw - current All Blacks Captain no 7

The Legendary Jonah Lomu. Berat l20 kg lari 100 meter 10.8 saat langgar korang. Takut?

Pasti korang pun ada nombor faveret kan? Mesti ada sebab-sebab tertentu. Kalau takde cuba selidik hehehhe :P

Tuesday, October 09, 2012

Boleh lemah jantung kalau hari-hari camni.

Petang tadi merupakan last game dalam round robin untuk liga batch di IPG Tengku Ampuan Afzan bagi pasukan PISMP Sem 8, team yang aku manage untuk tahun ke-3 sekarang. By far, aku dapat rumuskan..even kami dapat ke final..namun setelah 2 tahun menjuarai liga sebelum ini, tahun ini kami agak sukar untuk mengulang prestasi lama. Team junior2 sudah dapat membaca kelemahan dan kekuatan pasukan serta dapat menggunakan taktik yang menyukarkan kami untuk memenangi permainan. Apa yang kami dapat ialah keputusan 2 seri, 2 menang dan sudah cukup untuk meletakkan kami di dalam kelompok kedua teratas dari 5 pasukan untuk melayakkan diri ke final. Apa yang aku pasti, belum cukup untuk menjuarai kejohanan pada tahun ini.

Game hari ini juga agak menekan mental dan memerah otak aku untuk menggunakan formasi dan taktikal yang sesuai. Juga suara aku hampir habis dan hampir menyepak kerusi yang disediakan atas sebab faktor kecewa dan hampa dengan kebuntuan dan pembaziran peluang. Namun begitu, aku cuba untuk menenteramkan diri walaupun kami ketinggalan 1-0 hasil sepakan penalti dari pihak lawan. Masa tinggal 20 minit, kami cuma perlukan seri untuk layak ke final, kalau kalah, memang OUT. Aku masa itu teringat macam-macam..punahlah harapan nak final straight tiga tahun berturut-turut. Tengok pemain-pemain berhempas pulas. Boleh lemah jantung hari-hari tengok perlawanan macam ni. Sengit. Padat. Rancak. Ganas. Dan menarik. Aku cuba untuk mengikuti ketenangan idola managerial aku, Carlo Ancelotti yang jarang nampak tertekan walaupun teamnya tengah 'kena'. 

The Boss : Ancelotti


Tunggu punya tunggu, serang punya serang, tiba-tiba...Kami pun dapat penalti setelah striker kami ditackle secara salah dalam kotak penalti. Alhamdulillah...tapi masa tu classmate aku tanya dari jauh siapa nak ambil. Automatik aku letak kepercayaan pada dia dan tuding jari kepada dia dengan confident. Sebab aku yakin dengan kemampuan set piece dia, then dia pun ambil bola dan letak di penalty spot. Lepas tu apa yang aku buat ialah pusing belakang, cangkung dan tutup mata. Punyalah seriau. Dah la 4 minit lagi. Kalau tak masuk, kami kalah dan memang tak dapat lah nak ke final. Namun bila dengar sorak gembira dari penyokong pasukan kami. Alhamdulillah....kepercayaan aku terbalas. Aku pun hanya buat 1 sub je untuk melambatkan game namun sub itu berjaya membuat impak untuk membuat serangan yang hampir berjaya tapi gagal disudahkan. Kalau tak, menang dah. Hadoiiii. Takpelah. Yang penting ke final 3 tahun berturut-turut. Moga jadi kenangan manis sebelum tinggalkan IPG :)


*Terima kasih kerana membalas kepercayaan, terima kasih atas kegigihan dan good luck di final guys!


Tuesday, September 25, 2012

Misi Pertahan Kejuaraan

PISMP Sem 6 2011 (Now PISMP Sem 8 2012)


Dalam tempoh kurang dari 24 Jam lagi, bakal bermula perlawanan pertama untuk Batch PISMP SEM 8 2012 dalam saingan liga antara batch yang memasuki tahun ketiga tahun ini. Petang tadi aku dah tengok perlawanan pembukaan liga di mana PISMP Sem 4 menewaskan PISMP Sem 6 1-0. Game pembukaan yang sangat fight tapi lega jugak untuk team kami Sem 8 kerana boleh mengambil peluang untuk mengadakan latihan. So petang ini (Selasa, 25 September) turn pasukan kami pulak untuk turun padang dan memulakan kempen saingan liga kami ini. Matlamat kami masih sama untuk mengekalkan kejuaraan buat tahun ketiga berturut-turut. Aku boleh katakan, team ini yang menjadi salah satu kenangan terindah sepanjang aku berada di IPG Afzan ini sebagai Manager pasukan ini. Alhamdulillah. 2 tahun menang so tahun ini harap dapat buat yang terbaik. All the best SEM 8!

I Wanna retain this!



Friday, June 15, 2012

Euro 2012 dah datanngggg

Seperti yang anda tahu, setiap dua tahun kaki bola sedunia akan menunggu event besar bola sepak dunia iatu Piala Dunia dan Kejohanan Eropah atau lebih dikenali sebagai EURO. Kedua-kedua event ini berselang selama dua tahun contohnya Piala Dunia 2006, Euro 2008, Piala Dunia 2010, Euro 2012 dan seterusnya. Of course lah Piala Dunia lagi besar event nya kan sebab dah nama pun dunia. Tapi Euro ni pun tidak kurang gempaknya sebab kebanyakan kuasa besar bola sepak dunia berada di benua ini.
Tuan rumah Euro pada tahun ini ialah Poland dan Ukraine. Tahukah adik-adik? Kejohanan Euro ini merupakan kejohanan sukan besar yang pertama dianjurkan oleh kedua-dua negara ini. Malaysia pun dah pernah jadi tuan rumah Sukan Komanwel.


Sebanyak 16 pasukan yang bertanding dan selain tuan rumah, semua 14 negara bermain di pusingan kelayakan untuk menyertai kejohanan ini. Bukan siapa cepat daftar, dia dapat ya adik-adik.
Pembahagian kumpulan adalah mengikut yang tertera.
KUMP A - Poland, Greece, Russia, Czech Republic
KUMP B - Netherland, Denmark, Germany, Portugal
KUMP C -Spain, Italy, Croatia, Ireland
KUMP D - England,France,Sweden,Ukraine

Tumpuan pasti tertumpu kepada kumpulan B dimana banyak pasukan yang diminati awek-awek tergolong dalam kumpulan ini seperti Belanda,Jerman dan Portugal.

Euro pada tahun ini bermula pada 8 Jun 2012 di Poland dengan menampilkan perlawanan pertama tuan rumah bersama, Poland menentang Greece yang berkesudahan seri 1-1.

Pastinya Euro ini menjadi tumpuan rakyat dunia dan juga menjadi pemangkin kebangkitan ekonomi di kedai-kedai mamak di seluruh Malaysia. Sekian.

*Penulis adalah peminat Azzuri ataupun Itali. Tak kisah la takde player jambu pun tapi penulis minat dari zaman dahulukala lagi. Walaupun prestasi mereka agak..hurmmmmm

Friday, May 18, 2012

Antara faktor Jepun negara meningkat naik dalam sukan.


Familiarkah anda dengan Sakuragi Hanamichi (Slam Dunk)? Watak pemain bola keranjang berambut merah yang agak bodoh dan clumsy tapi sebenarnya mempunyai kehebatan merampas'rebound'. Ya, dia menjadi fenomena suatu ketika dahulu..namun begitu, sebenarnya sudah banyak komik atau 'manga' keluaran pelukis Jepun tentang fenomena sukan di negara matahari terbit itu. Antaranya satu ketika dahulu famousnya 'Captain Tsubasa' keluaran Yoichi Takahashi pada tahun 80-an merupakan titik tolak bagaimana Jepun menarik rakyatnya untuk menceburi bidang sukan dan menambahkan bilangan pemain profesional mereka.
Captain Tsubasa (Football)

 Kemudian terbitlah pelbagai komik genre sukan yang lain seperti..

Slam Dunk (Basketball)


Rookies (Baseball)



Eyeshield 21 (American Football)


Ada banyak lagi sebenarnya tapi aku share yang ni jelah. Sebenarnya kejayaan sukan bukan sahaja terletak pada sebanyak mana duit yang dilaburkan atau selama mana projek dijalankan. Tapi lebih kepada minat. Lebih banyak minat yang yang timbul, lebih ramai orang akan mencuba dan lebih bayak kemungkinan untuk potensi dan bakat dicungkil. Medium seperti komik ini juga merupakan daya penarik orang ramai untuk berkunjung dan memenuhi stadium setiap kali perlawanan diadakan..secara tak langsung, kewangan juga akan menjadi lebih konsisten untuk memajukan sesebuah sukan tersebut. Kebanyakan manga ini diadaptasi kepada kartun atau 'anime' untuk menarik minat lebih ramai lagi melalui media televisyen lebih-lebih lagi kanak-kanak yang sedang mula berkembang dari segi potensinya. 

Apa yang aku dapat lihat ialah, usaha yang menarik ini merupakan faktor kepada pembangunan sukan matahari terbit ini. Seperti sukan Bola Sepak, Jepun merupakan title holder for Asian Cup dan World Cup 2010 di South Africa, mereka melangkah ke pusingan kedua. Selain itu sukan baseball dorang jugak menjadi sebuah kuasa baru dan pemain-pemain mereka banyak telah bermain di MLB( Major League Baseball) di Amerika. Pasukan American Football mereka juga pernah meraih kejohanan dunia sebanyak dua kali. Itu sudah cukup untuk menunjukkan peningkatan pesat sukan mereka.


*Trivia - 
Hungry Heart Wild Striker (Football)

Manga "Hungry Heart Wild Striker" merupakan manga keluaran Yoichi Takahashi sempena World Cup 2006 di mana Jepun sudahpun memiliki ramai midfield berkualiti tapi belum ada penyerang yang gempak. Menurut pelukis, dia membuat manga ini untuk memberi inspirasi kepada rakyat dan pasukan Jepun dengan menimbulkan watak utama Kanou Kyosuke, penyerang berambut perang yang mempunyai kebolehan 'shooting' yang luar biasa. Jepun tidak melepasi peringkat kumpulan pada kejohanan itu namun pada World Cup 2010 muncul seorang bintang serangan dengan kebolehan teknikal shooting yang mantap. Kyosuke Honda!

kebetulan?hurmmmmmmm

Accidental benefits.

Lately I've been playing badminton days and nights. I hope it can help me get my agility back and enhance my arm strength. Mula-mula masa main tak perasan pun, just suka-suka... tapi bila borak with my old friends in rugby recently about me playing badminton so much now...he said that this is a good training for my short distance movement, arm strength and agility. Can't wait to test this on the rugby field. :)

one of the benefits. Arm strength.


*Good luck for my boys from SMK Mahmud, Raub for their upcoming rugby tournament for under 19 and under 15 teams. Cikgu Shafiq will see you again for my internship next month! They are talented, just need a lot of expose in various environment.

Sunday, January 22, 2012

The team I miss the most.

Masuk tahun ni, dah 12 tahun aku main sukan menarik ni. Since aku mula berpindah ke negeri Sembilan masa darjah 5, aku dah terjebak dengan sukan ni. Arwah abah pun bagi aku main benda ni rather than bola sepak. Aku pun tak sure kenapa. Maybe dia ada sebab tersendiri. Tapi aku rasa kalau aku tak masuk sekolah menengah aku tu, STJ, aku maybe takkan further my lesson in playing this gentlemen sport. Bukan STJ je, if aku masuk mana-mana sekolah menengah yang ada base rugby yang kuat, aku mungkin akan terjebak sama. Ada some sort of magnetic attachment kat situ..cewah.haha.. The team I miss the most is my batch team. Batch 0206, why? We played together for 5 years..that's why.

At the Sains Selangor tournament U-16(2005), Cup semifinalist, Lost to Bandar Penawar Sports School.

Dari lah zaman form 1 sampai form 5, memang macam-macam benda berlaku dalam team ni. Suka duka, perit derita semuanya sama-sama. Aku teringat kalau ada game di luar, mesti semuanya excited. Malam sebelum game masing-masing merayau cari kelengkapan. Kalau ada yang takde short tu,carilah malam tu. Takpun but, bandage, tape atau apa-apa sahaja yang diperlukan untuk game keesokannya. Masing-masing semangat. Training pun masing-masing buat the best sebab nak menang. Masa tu memang semangat persaingan agak tinggi. Plus, we tried our best to match our school's reputation, one of the best in Negeri Sembilan. Tapi of course the funny memory is main kat Seremban mesti balik singgah makan di satu tempat kat Ampangan. Memang best makan kat situ, then dah habis mesti smoker-smoker gi 7E berhampiran situ untuk beli stok rokok. Tapi cover la dengan cikgu kan.Hehe.Kelakar betul.

My first game with this team is when I was in form 2, we played a friendly match against SMK Juasseh. We won with almost 100 points, and why I remembered this so much? I opened the scoring account. Memang happy sangat that time, tapi kena potong sebab senior a.k.a our coaches jerit "jangan hepi dulu, tak habis lagi!"..hehe..betul jugak. Kitorang terlebih excited kot masa tu padahal game tak habis lagi. Maklumlah, our first time. Haha. Then, in the same year, we went to Sains Selangor Open where we played in the U-14 category. Malangnya kami tidak berapa perform di sana, maybe sebab kami just berapa game dan terus melangkah ke tournament besar macam tu.

Masa berlalu dengan cepat, kami bermain tahun demi tahun. The unlucky part about my batch team is the big tournament is always held at our school. Aku sangat nervous main di hadapan penyokong yang aku kenal. Macam rasa tak best jek. Tapi still, aku geram kenapa lah asyik main game besar di tempat sendiri. Lepas tu mesti tak menjadi sangat. Tahun 2004, MSSNS kat sekolah aku, kitorang dapat Semifinalist untuk U-15. SBP 10's(tournament melibatkan semua sekolah asrama penuh di Malaysia termasuk Sabah Sarawak) juga kat sekolah aku. Dapat masuk Bowl je. Then MSSSNS U-18 pun kat sekolah aku the year later. Pun sampai Quarterfinalist je.Haih..jam betul kepala masa tu.

Bila tournament luar, kami agak menjadi. Tu yang pelik sikit. Bila Sains Selangor U-16(2005), kitorang menang dengan tuan rumah(masa tu tuan rumah memang top la, Sains Selangor) di Quarter finals. Then kalah semifinal dengan Sekolah Sukan Bandar Penawar.Hehe no wonder la kalah dengan diorang ni. Then masa tournament Piala Tunku Naqiyudin, kitorang jadi runner-up. Lepas tu di NS Royal 7 Malaysia 2006, kitorang did very well against the likes of Melayu Singapura team(menang), Al-Islamia South Africa College(seri) and Sekolah Sukan Bandar Penawar(kalah). Then kami masuk final kategori shield dan menang dengan Kolej Sultan Abdul Halim, Kedah. Alhamdulillah, kami menutup zaman form 5 kami dengan kemenangan piala.

Bila 1st time masuk ke IPG, tengok je kawasan padang takde tiang ragbi, agak membuatkan aku down. Tapi the next year, dengan kemasukan Junior, aku tubuhkan team ragbi. And until now, kitorang dah ada Piala Johan Spoon di IPG Raja Melewar dan Naib Johan Plate di IPG Ilmu Khas, kedua-duanya di tahun 2010. Tahun 2011 kami tak dibenarkan main kerana pihak atasan. Tahun ni final year aku, harap-harap dapat pergi tournament antara IPG. Bila kekangan banyak nak main ni la aku rasa... sangat rindukan zaman-zaman itu...

Monday, January 16, 2012

Merindui kegemilangan...


Aku merupakan peminat tegar untuk kelab Arsenal dan AC Milan. Tapi entri ni khas aku buat untuk Arsenal...sebab..baru lepas tengok kekalahan Arsenal 3-2 di tangan Swansea baru-baru tadi. Sakit hati tengok permainan. Bosan, kurang kualiti dan ada beberapa player yang buat spoil. Oh ya, aku mula minat Arsenal pada awal tahun 2000, sebab masa tu aku suka tengok corak permainan yang pantas, kemas dan cantik. Segala kelebihan fizikal bukan menjadi taruhan, tetapi lebih pada 'intelligence' dan 'total football'. Pada zaman itu juga, Arsenal merupakan kuasa besar di Liga Perdana Inggeris(EPL).

Semuanya bermula dengan era pengurus berbangsa Perancis, Arsene Wenger. Polisi pembelian pemain muda dan menggilap bakat mereka menjadi identiti mereka dan sangat membuahkan hasil. Pada zaman itu juga, Arsenal pernah digelar 'The Invincibles' kerana rekod mereka yang tidak pernah tewas dalam satu musim dan memenangi kejuaraan liga pada tahun 2003-2004. Pada masa itu, permainan mereka sangat classy dan menarik untuk ditonton.

Tapi tu dulu..sangat rindukan saat-saat kegemilangan itu..Biasalah, orang lelaki yang minat bola..mesti ada team yang sangat dikagumi. Biasanya ramai yang Man Utd,Liverpool dan Chelsea. Peminat kelab macam kami ni, agak rare. Maybe sebab menjelang tahun 2006 dan seterusnya..Arsenal dah jatuh dan jatuh..Cuba tanya budak-budak sekarang..mampus nak minat Arsenal...

Game tadi menyaksikan Arsenal tewas di tangan kelab baru EPL, Swansea.Kelab tu memang main cantik, tapi dari segi level..memang Arsenal lebih tinggi. Malangnya tewas jugak, aku tak mahu sebut siapa tapi aku rasa bila player tu merencatkan team.Please keluarkan. Kadang-kadang aku rasa Mr.Wenger dah hilang judgement. Lately memang team agak tak konsisten dan dah 6-7 tahun tak menang apa-apa piala. Aku respek corak permainan yang diterapkan Wenger, mesti ada sebabnya tapi aku rasa dah sampai masanya untuk mengubah polisi. Dunia bola sepak dah berbeza. Just denga permainan cantik sahaja takkan menjamin result..tapi perlu lengkap dalam semua aspek. Ohh how I miss 'the Invincibles'..

Thursday, December 29, 2011

Another My Wish story.It's soccer star!

Entri aku sebelum ni adalah mengenai program "ESPN Sportcenter My Wish" Adam Hubbs bersama star American Football, Tim Tebow. Then after aku tengok kebanyakan episod, aku terjumpa satu episod yang best. Best kenapa? I'm a soccer junkie, so this time it's about Brendan Galanaugh, seorang budak lelaki yang menghidap kanser sejak tahun lepas. Tapi sebab kegigihannya dan ketabahannya, ESPN My Wish memilih beliau untuk bertemu dengan idolanya yang selalu terpampang di katil hospitalnya, Landon Donovan, kapten untuk pasukan kebangsaan Amerika Syarikat. Pemain kelab LA Galaxy ini juga membuka peluang untuk Brendan bertemu pemain-pemain terkemuka kelab itu termasuklah David Beckham.;)


"A young boy, Brendan Galanaugh, after enduring cancer, is inspired by World Cup star Landon Donovan and wishes to meet him. His dreams come true and spends a whole day with his hero, Landon Donovan."

Another reason why we should see the world and keep contributing the way we can;)

Tak kira siapa kita.No matter who we are.

Pertolongan atau help kepada orang yang kurang bernasib baik.Selalunya orang akan kata “alah..aku pun susah jugak kan. Aku nak share satu story yang aku tengok masa Sportcenter masa jam 7.32 tadi. Selalunya aku just nak tengok perkembangan sukan yang terbaru. Then in the end, ada dipaparkan tentang kisah daripada ESPN: My Wish. Ini adalah sebuah program di bawah kendalian ESPN di mana kanak-kanak(biasanya) yang kurang bernasib baik akan dihighlightkan dan mempunyai peluang untuk spend time bersama atlet faveret mereka .

"My Wish" is a collaborative effort with the Make-A-Wish Foundation that chronicles the granting of unique sports-related wishes for children.(ESPN)

Tadi ada highlight tentang seorang budak lelaki bernama Adam Hubbs. Adam Hubbs adalah seorang budak yang sangat aktif pada suatu ketika. Especially dalam American Football. Adam Hubbs selalu bermain di sekolah dan mempunyai potensi. Malangnya aspiring athlete seperti Adam yang ketika itu berusia 13 tahun, diserang penyakit kronik yang jarang. Dia mengalami mikrofobia genetic di mana badannya berhenti menghasilkan sel darah putih untuk melawan penyakit. Untuk seorang budak berusia 13 tahun, berita sebegitu memang sukar untuk diterima.

"It was tough, just knowing that I'm not the same as my friends, that I'm always going to be different," said Adam, now 16. "That was the hardest part."

Tahun 2010, dia memerlukan penderma untuk sel tulang belakang namun tiada penderma hidup yang sesuai pada masa itu. Dia terpaksa hidup memakai topeng dan hanya terbaring di dalam bilik khas untuk menghindari kuman yang terdapat dalam udara sekeliling. Sampai tahap Adam koma selama 5 minggu. Dan sekarang dia menghidap strok dan bahagian kiri anggota badannya tidak berfungsi. Sekarang berumur 16, Adam masih struggle namun terus menguatkan dirinya untuk terus hidup. Sudah mampu berjalan menggunakan tongkatnya. Tahun ini, ESPN dengan program ‘MY WISH’ telah menemukan Adam dengan bintang idamannya Tim Tebow. Quarterback Denver Broncos, 24 tahun yang sedang meningkat naik di dunia NFL(National Football League).


Video aku share menampilkan bagaimana Tim Tebow telefon family Adam dan memperkenalkan dirinya kepada Adam. Bayangkan reaksi budak tu, macam kalau Andriy Shevchenko atau Robin Van Persie telefon aku cakap ‘Eh Sapik, ni Van Persie ni.Jom Lepak’.Mak aihhh…. Berbalik kepada Adam, Tim Tebow hang out dengan dia satu hari..main football,main game..bayangkan reaksi seorang budak yang bertarung nyawa..dapat moment yang macam tu..memang dia takkan dapat disembuhkan macam tu.. Tapi secara psikologinya? Well…saat macam tu dapat melegakan kesakitan yang dia alami..

Sebagai rakyat biasa pun, kita ada part masing-masing. Tak perlu jadi bintang atau selebriti. JUST DO WHAT YOU CAN TO HELP THE UNFORTUNATE…;)

Thursday, December 22, 2011

Faktor mempengaruhi minat pada team bolasepak.

Perasan tak tiga mamat Singh di atas?Selalu kalau game Man U kat Old Trafford mesti ada diorang ni kat seat penonton and selalunya visible di kaca TV. Famous gak tau dorang ni...Hehe.Tapi entri ni bukan nak cerita pasal diorang..tapi pasal faktor-faktor tertentu seseorang itu minat team bola sepak atau jadi die hard fan one team sampai berperang dengan kawan-kawan.

1. Peredaran zaman
Biasanya kalau orang-orang tua umur 40-an dan ke atas, korang tanye lah pakcik ke atuk ke..Mesti minat Liverpool.Kenapa?Pada masa tu, diorang ibarat Manchester United di masa sekarang..Asyik menang title je..Player pun top-top...Kenny Dalglish, Ian Rush, Paul Ince..masa tu macam Rooney, Lampard, Henry la di zaman ini....Masa zaman tu jugak, berderet-deret piala diorang menang and ramai orang kenal masa. Kemudia menyusul pula tahun 90-an dan 2000..team lain mula naik..Lebih-lebih lagi Man U.Kita umur 20-an membesar dengan nama-nama seperti Eric Cantona, David Beckham, Jap Staam, Ryan Giggs...dan Man U mula menjadi kuasa besar pada zaman kita. So Fan Man U pada zaman kita lebih ramai...Menyusul pulak Arsenal dengan zaman Thierry Henry, Dennis Bergkamp dan David Seaman..Masa tahun 2004 bermulalah era Chelsea.Masa tu zaman budak-budak sekolah menengah (zaman saya) pun start minat Chelsea lagi-lagi bila Jose Mourinho take charge. Kemunculan bintang-bintang baru macam Drogba, Terry dan Petr Cech menjadi tarikan untuk peminat. Sekarang? Cuba tanya budak-budak sekolah menengah.Mesti ramai yang minat Man City sebab Man City tengah kuat sekarang. Kalau berterusan macam ni fan city mesti meningkat even generasi kita yang 20-an 30-an asyik kata City tu menang pasal duit banyak.Well, that's football..and it'll affect the fans=)

2. Pengaruh rakan atau keluarga
Bagi orang yang mula meminati bola, kadang-kadang mereka pun tak sure minat apa. So mereka akan dipengaruhi faktor lain macam rakan atau keluarga. Macam tengok kawan rapat dia minat bola, dia baru nak berjinak so dia ikut kawan dia. Takpun dia terpengaruh dengan family dia ramai minat team tu. Ataupun kawan-kawan dia ramai minat team tu, so dia pun join sekaki. Hehe. Teringat dulu zaman World Cup 2002 di asrama, semua nak Brazil.Kih3... Lagi satu kalau family dia ada minat certain team macam ayah dia Liverpool, abang dia Man U...abang dia lagi satu Chelsea..dia pulak nak team lain sebab taknak sama.So pilih City..ada jugak...

3. Minat tengok permainan
Selalunya orang jenis ni, minat sesuatu team tu sebab minat corak permainan dia. Macam dia suka tengok hantaran-hantaran jauh dan cantik lepas tu permainan pantas, dia suka Man U.(contoh ok).Kalau dia suka tengok team yang compact dan defensive dan attacking equal kuat dia sokong Chelsea(contoh jugak).Kalau dia suka tengok team yang passing 30 kali sampai dalam petak penalti pun nak passing lagi dia minat Arsenal zaman Fabregas (contoh.haha)Ini bergantung pada individu itu dan minatnya pada corak permainan. Ini boleh kata pure la minat dia konon...

4. Pengaruh pakwe
Ha, yang ni selalu berlaku di kalangan sesetengah aweks -aweks. Pakwe sokong Man U dia pun nak jugak even kadang-kadang dia tak paham apa pun berlaku dalam padang tu.Hehe.Bukan semua tau, sesetengah...Pastu beli baju sama, hias bilik siap.Keh3

5. Faktor kebencian songsang
Ha yang ni agak ganjil. Orang macam ini selalunya...tak suka satu team dan aim team tu. Lepas tu sokong team yang lawan dengan team tu.Contohnya tak suka Man City,lepas tu kalau Wolverhampton Wanderers lawan City pun dia nak Wolves menang. Eh, selalu ada tau.

6. Minat tengok player
Ini selalu berlaku. Contoh dia minat certain player sahaja, dia minat la team tu. Contohnya dia minat Ronaldinho, dia minat Barca. Minat Beckham, minat Man U. Bila masuk Real Madrid si Beckham, dia pun ikut sama perasaan cintanya berubah pada Real Madrid..Dia lebih bergantung pada player yang diminatinya.

7. Lalang
Lalang ni ada kena mengena dengan faktor no 2 tadi, dia ikut situasi. Katakan Man U menang, dia bersorak bagai.Tapi kalau kalah, dia mula la tak ngaku contohnya.."eh, aku tak sokong EPL..aku minat Real Madrid"..atau pun.."aku tengok je..tak sokong sape-sape pun".

8.Jersi Lawa dan baru menang Title Liga
Spesies ni pun ada jugak tau jangan tak tau.Team tu jersi dia cam smart je, dia minat la..Pastu beli pastu pakai gi kedai mamak..Bila agak2 nak kalah team dia, cepat2 cabut..Tak pun macam baru menang title macam Borussia Dortmund baru-baru ni dapat title liga Jerman.Terjual la jersi-jersi dia..lepas tu beli..Masa zaman Dortmund terkial-kial dulu(zaman Jan Koller, Tomas Rosicky) takde pulak nak highlight...

9.Sebab team tu ada kena mengena dengan Malaysia.
Ingat tak Norwich? Masa tu Norwich baru sahaja naik ke EPL dan apakah sponsor di baju mereka? Ya...Proton..Masa tu semua surat khabar nak highlight...Wah bangga betul..last-last satu season je lepas tu drop terus. Sekarang fenomena baru..QPR!Sebab Tony Fernandes ambil alih..sekarang Jersi QPR pun laris tau..(menurut info rakan yang selalu membeli jersi di sempadan Thailand).Sebab ada Malaysia Airlines sponsor..hehe..

macam2 ragam manusia, macam tu jugalah ragam peminat bola sepak. ;)

Monday, December 19, 2011

Badan Longuh, Hati Gembiro(edisi negeri Sembilan)

Gabungan team veteran dan senior


Masa main dengan team Veteran(merah) dari kiri abang Ujang,abang Kobau,saya yang baju masuk dalam short sebab besar sangat baju gelebeh dan abang Azli.


Sampai di rumah tepat jam 8 malam tadi, aku terus terbaring.Melihatkan calar-calar di tangan aku sebab game semalam.Aku puas hati.Oh ye, Jumaat hari tu aku buat entri ringkas tentang perjalanan aku ke UPM Serdang.Aku tidur di sana sebab nak gerak dengan junior sekolah aku dulu.Aku lepak di bilik member aku Syed yang banyak membantu.Sabtu paginya aku gerak ke Seremban menaiki komuter pastu menuju ke Padang SMK King George V.Di situlah berlangsungnya kejohanan tahunan “NS CLOSE” di mana alumni dari semua sekolah ragbi di Negeri Sembilan bersaing.Ada dua kategori iaitu Veteran dan Senior.STJ menghantar dua team(STJ A dan STJ B) untuk kategori Senior dan satu team untuk Veteran.

Aku asalnya bermain dengan team Senior tapi lepas tu team Veteran tak cukup orang, aku pun join sekali main dengan team veteran.Syoknya bermain dengan team veteran adalah even semuanya berumur dan dah retired dalam ragbi, tapi masih mempunyai skill dan intelligent level yg tinggi dalam game tersebut.Aku banyak belajar dalam satu hari tu.Mana taknya, ada current captain untuk kelab terkemuka NS Wanderers iaitu abang ‘Kobau’ atau Mazuri, lepas tu ada lagi pulak bekas scrumhalf kebangsaan yang pernah bermain di Sukan Komanwel, abang ‘Ujang’ atau Farid Abd Rahman. Game pertama aku main untuk STJ A tidak bermula dengan baik.Kami kalah.Lepas tu masuk team veteran pulak, aku terasa macam jauh betul level aku ni nak capai tahap sama dengan dorang.Even dorang dah lack of speed sebab dah berumur, tapi pengalaman sahaja dan buat aku kagum.Sangat syok dan bertambah ilmu aku dalam memahami game ni dengan lebih baik.Kami menang dalam game tersebut.

Setelah mengharungi beberapa game(rumusan ringkas), akhirnya di pusingan final veteran, kami bertemu dengan team tuan rumah, KGV atau King George V.Kami tewas tipis 3 try berbalas 2 try.Untuk kategori Senior, team STJ A pulak tumpas awal namun STJ B menebus dengan memasuki final bertemu favorite kejohanan Sekolah Datuk Abdul Razak(SDAR). Namun mereka pun tewas jugak di final.

Apa yang buat aku puas hati adalah dapat bermain ragbi sampai penat dan dapat jumpa senior2 otai serta kawan-kawan lama.Plus dapat main sekali pulak tu,gila syok.Pengalaman macam ni memang sukar dicari, InsyaAllah ada event lagi aku akan pergi selagi takde sibuk dan ada masa.Aku suka sport ni, even aku pun dah rasa kurang dalam segi permainan aku, aku nak teruskan sebab aku dah main benda ni lama.Rasa seronok tu masih ada.Selagi aku mampu, aku akan main.Dekat IPG jarang dapat peluang main sebab macam-macam faktor.Kadang-kadang sedih gak tapi event macam ni lah yang banyak bantu aku ketepikan rasa sedih tu.Apa-apa pun, belajar tetap belajar,main tetap main.Yahaa!

Friday, December 16, 2011

Segamat-Serdang-Seremban


Semalam Blog saya buat problem nape ntah, layout dia kacau sikit.Ni dah tukar kepada yang lama...seriously tak pandai nak touch up,hahaha..

Esok tengah hari saya akan berangkat ke Kuala Lumpur dan terus ke Serdang untuk menginap di kolej rakan baik saya.Sabtu akan diadakan kejohanan Alumni Ragbi Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan, saya bersama bekas Junior dan Senior Sains Tuanku Jaafar akan menyertai pertandingan tersebut.Kaki saya masih belum pulih lagi, tapi saya dah lama tak main...so...wish me luck.hehe;)