Pages

Thursday, February 09, 2012

When I see this, I love my job.

Petang tadi merupakan aktiviti kelab dan persatuan bagi ko-kurikulum sekolah minggu ini. Aku yang baru minggu kedua di sini dibenarkan memilih kelab atau persatuan mengikut suka. So aku memilih kelab robotik, diikuti rakan praktikum aku. Nampak macam gempak kan kelab ni? Mesti korang bajet kelab ni noob kan. Hahaha..Bagi aku, aku nak belajar dan explore benda baru. Lagipun aku minat pada benda-benda macam ni jugak dulu, so aku join untuk revisit zaman budak-budak aku. Kelab yang diteraju oleh Cikgu Rahim ini mulanya dikatakan tak berapa famous..tapi berdasarkan kehadiran murid pada petang tadi. Agak memberangsangkan..lagipun anak-anak murid aku pun ramai join kelab ni.

Pukul 3 petang mula perjumpaan, kami terus ke makmal sains. Di sana, cikgu Rahim menerangkan serba sedikit tentang aktiviti kelab ini. Oleh kerana pada waktu ini masih awal, aktiviti kami hari ni ialah disassemble atau membuka robot lama dan bahagikan semula ikut part yang betul. Oh ya, robot ini satu set berharga lebih kurang RM1000. Sekolah ni ada lebih kurang 9-10 set. So korang kiralah kosnya ya. Tapi kelab robotik sekolah ini dapat sponsor dan bantuan. Jenama LEGO. Suka kan?hehehe.

Modus operandinya ialah assemble semua part dengan betul, programkan dengan komputer dan gerakkan robot tersebut. Robot ni ada pertandingan, so memang agak menarik la kelab ni. Aku suka. Plus budak2 pun bersemangat bila aku sama-sama turut serta disassemble semua robot tu tadi.

Dua murid tahun 3, freshies dalam kelab ni.

Disassemble

All the component

LEGO ;)

Budak Pra pun turut serta.

1 Malaysia

Main jap.haha

Bila buat semua aktiviti tadi, teringat zaman Tamiya dan Dash Yonkuro aku dulu.hahahhahaha ;)

No comments:

Post a Comment