Pages

Monday, February 06, 2012

Enjoying the weekend plus extra holiday;)

Dah lama tak update blog...rasa cam segan nak update sebab kawan-kawan dan housemate sering ada dan lalu lalang dan aku cam tak boleh nak update if ada orang tengok. Why?aku pun tak tau kenapa. Just segan.

Hari Jumaat sekolah aku buat aktiviti merentas desa, so pagi tu memang takde kelas la. After rehat, cikgu-cikgu disediakan jamuan oleh pihak sekolah dan diadakan mesyuarat rumah sukan. Aku dapat rumah merah, kat sekolah rumah hijau, kat IPG rumah biru. Sekarang try rasa rumah merah camne.hehe. So hari tu merupakan hari yang agak busy la even baru minggu pertama menjalani praktikum. Padahal ada 11 minggu lagi menanti. Aku rasa semester ni aku macam malas sikit nak praktikum memandangkan buku RPH atau Lesson Plan tak dijual tahun ni, so kami terpaksa membeli buku log biasa dan kena hias, balutlah bagai. Padahal buku semester praktikum kali ni agak penting sebab dengar kata nak dibawa masa interview. Plus, kali ni dapat sekolah bandar, sekolah agak besar. Totally new untuk aku. Aku rasa inilah pengalaman yang berguna untuk masa akan datang. Mana tau aku dapat sekolah strict ke nanti, so aku dah tau lah camne nak berhadapan dengan situasi seperti ini.

Jumaat petang tu pulak, aku pergi ke KL. Tujuan utama nak lawat kawan sekolah aku dan familynya. Sebab dah lama tak lawat, lagi pun nak ambil something dari dia. Wukong namanya. Aku selalu pergi dan tidur rumah dia. Tapi dia ada rumah time cuti sem je, so kebetulan budak-budak U tengah cuti. Dapat la aku lepak sana. Malangnya aku lambat tahu yang dia kerja syif petang sampai malam. Pukul 10. Aku dah sampai kat KL nak dekat jam 4. So untuk mengisi masa, aku berjalan je la. Pergi lowyatt, dan lepas tu lepak Time Square. Aku agak boring dah la nak tunggu sampai malam. So aku ada jugak text kawan-kawan yang ada sekitar KL. Still takde respon. Bila camni (sorang-sorang), antara habit aku ialah tengok wayang. Aku decide untuk tengok 'Journey 2 the mysterious island'. Yang biasa takde, so aku tengok je lah 3D punye. Currently cerita kat wayang tak best. So aku tak banyak pilihan. Aku tengok pun sebab tertarik ada 'The Rock' jadi watak utama. Haha. So aku pun beli tiket jam 5.00. Masa aku beli tu dah 4.55. Nasib baik sempat.





Bila masuk wayang, tibe2 dapat text dari kawan aku ni. Ex-schoolmate. Dia study kat UM dulu, dan sekarang tengah training di sebuah pusat latihan perbankan. Dia kata dia kebetulan on the way ke TS untuk cari barang. So dia kata boleh la hang out kejap. Masa tu aku kata aku dalam wayang so aku kata tunggu aku habis dulu. Yela, bazir tiket nanti. Dia pun kata camtu and dia jalan-jalan dulu. Habis wayang kitorang lepak-lepak makan di McD. Aku pun borak-borak le. Fun fact, masa sekolah, aku 'jarang-almost kepada tak langsung ' bersembang dengan dia tapi sekarang duduk borak satu meja. Agak cool la, kitorang dapat catch up sikit-sikit. Life memang totally different. Haha. After that junior dia pun datang. Sebab diorang memang dah janji nak jumpa. Aku pun borak-borak jela.

After maghrib, diorang ajak aku pergi ke sebuah tempat. Sebuah tempat terapi elektrik yang melancarkan peredaran darah dalam badan, dan membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan. Sebab difahamkan, roots of every disease came from toxin and the flow of blood inside our bodies. Sebab tu banyak lah testimonial yang aku baca melibatkan tentang pesakit-pesakit migrain, stress, lack of sleep dan banyak lagi problem yang teruk yang boleh dibantu dengan penggunaan mesin ini. E-life namanya kalau tak silap. Aku pun daftar masuk sebab kawan aku ni ada voucher, so boleh bring kawan. Kami pun masuk, aku pun duduk dan cubalah mesin terapi tu selama sejam. Sejam aku takleh pegang HP dan kena minum banyak air. Kadang-kadang ada orang di situ datang dan bawa lampu pendafluor untuk kami pegang. Bila dia pegang hujung (berdiri, unattached to the machine) dan aku di hujung lagi satu (attached to the machine), lampu tu menyala. Wow, ada lak persembahan magic. Haha, itu untuk membuktikan yang aku mengalirkan cas elektrik dalam badan dan bertentangan dengan cas badan mamat tu membuatkan lampu menyala. Oleh sebab aku sakit migrain, disarankan aku gunakan voltan 3. Sebab benda ni melibatkan otak, kawan aku aku beritahu migrain patient selalu gunakan low voltage.

Hampir sejam aku duduk di situ, aku tak rasa apa-apa. Sebelah aku ada yang lenguh lah, pening lah. Memang biasa ada efek. So aku macam, apahal aku ni ek...aku tanya kawan aku. Dia kata maybe badan aku tak sensitif. Oh bahaya jugak, sebab difahamkan badan tak sensitif, susah nak detect penyakit awal. Macam kanser, terus boleh kena stage 3. Ah, menakutkan. Aku pun naikkan ke 7. Lepas tu terasa lenguh dan berat bahu aku. Mata pun kuyu jek. Lepas sesi terapi tu macam ada gathering lah. 1st timer kumpul dan yang dah ada voucher kumpul tempat lain. Macam buat sesi suaikenal dan ada penerangan. Agak segan gak, sebab aku datang tak sengaja. Dah la, aku pakai tshirt jeans ngan sneakers. Yang lain smart jek, ramai student yang ada kat situ dan berpenampilan macam baru balik study. Pakai kemeja, slack, kemas la...Then, lepas dengar penerangan tentang machine tu dan penyakit-penyakit yang orang sekarang banyak terlepas pandang, aku terasa yang aku banyak belajar pada malam itu sahaja, especially tentang badan aku.. So lepas session tu, aku pun dihantar ke TS untuk menunggu rakan aku Wukong ambil lepas syif kerja.

Sabtu aku pulang semula ke Raub, Pahang. Aktiviti di rumah sewa aku agak bosan. Melepak je kerjanya. Cuma pagi Ahad tadi aku test jalan-jalan kat pasar pagi Raub. Malam main futsal, tengok bola. Memang boring tapi aku sukalah cuti ni. Hehe. Sehari lebih, pastu rehat-rehat je. Lepas ni busy dah, dah mula minggu kedua. Lecturer aku datang pulak minggu ni. Kenalah buat elok-elok..aminnnn...

No comments:

Post a Comment