Pages

Tuesday, February 12, 2013

Musim Hujan. Apa yang best?



Sekarang ni musim hujan di kebanyakan negeri di Malaysia. Memang kerap sangat hujan... kalau kat daerah aku ni..takdelah lebat. Cuma hujan je sepanjang malam. Especially dari waktu Subuh hingga ke petang. Untuk lelaki yang insomnia seperti aku ini, yang selalu tak tidur sampai Subuh..memang membantu cuaca ni untuk aku tidur nyenyak. Hahaha. Eh jangan amalkan. Korang yang mata normal sila buat cara normal. Jangan mulakan benda ni. Aku memang bermasalah sikit bab tidur ni.

Aktiviti aku yang lain pun agak terganggu dek hujan ni. Nak gi train ragbi, susah..nak bakar sampah..susah..nak jogging..susah. Nasib baik tusyen malam. Setakat ni Alhamdulillah aku dapat elak hujan dalam otw gi tusyen sepanjang musim hujan ni bermula..cuma sekali je kena. Yang lain semua aku dapat naik motor macam biasa. Itupun basah sebab lori lalu sebelah main hentam je lopak air kat kita. Yelah..kita naik motor je kan....Air sungai di bandar pun dah mula naik sehingga tahap merisaukan. Kebanyakan warga daerah ini terutama yang duduk di kawasan rendah memang akan risau pada musim-musim seperti ini.

Apa-apa pun,hujan itu rahmat. Jika kerja, kerjalah macam biasa. Tapi suasananya sejuk sikitlah, dan lembap. Memang menguji mata. Hehe. Kalau penganggur yang asyik berehat macam aku ni, boleh lah berehat dalam suasana yang lebih sejuk sambil memikirkan apa aku nak buat kat rumah dalam musim hujan ni. Hehehehehe.



*Dengar kata tarikh interview akan muncul tak lama lagi. Harap dapat tarikh yang sesuai dan segala urusan berjalan lancar. Amin.. :)

No comments:

Post a Comment