Pages

Sunday, February 03, 2013

Bantuan,politik,caci-makian dan kuasa rakyat.



Seperti yang kita sedia maklum, PRU 13 akan dijalankan tidak lama lagi. Aku pun bukanlah nak kata excited, cuma sedikit banyak proses ini mempengaruhi masa depan aku sebagai seorang bakal guru...yang sepatutnya sudah ditemuduga dan dipostingkan tapi mengalami kelewatan kerana kesibukan pihak atasan dalam menghadapi PRU ini. Tambahan pula, situasi penjawat awam yang dilanjutkan pencen sehingga ke umur 60 tahun, merencatkan sedikit proses input-output jawatan guru di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Bila kita bukak sahaja buletin utama misalnya, kesemua berita menampilkan apakah usaha yang dijalankan oleh pihak atasan dalam mengekalkan pemerintahan di negara kita, dan pada hari ini kebanyakan berita membuat liputan yang banyak dan tertumpu kepada pemberian bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang diberikan kepada setiap isi rumah yang berpendapatan tidak lebih dari rm3000. Bantuan yang diberikan berjumlah rm500. Bagi kategori bujang, syaratnya berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak lebih dari rm2000. Bantuan yang diberikan adalah sebanyak rm250.

Apabila bantuan ini mula diberikan pada hari ini (mengikut kawasan DUN atau Parlimen masing-masing), sesetengah rakyat yang sudah mendapatnya tampak gembira sekali. Mana tak gembira dapat duit ye tak? Huhu. Tapi apabila diberikan, biasalah, memang diakui ini adalah satu taktik politik yang digunakan dalam usaha untuk meraih kepercayaan rakyat bagi meneruskan pemerintahan kerajaan yang sama. Memang mana-mana pun negara yang menjalankan pilihan raya, semua parti akan melipatgandakan usaha dalam memenangi kepercayaan rakyat. Dengan pelbagai cara, dengan pelbagai taktik. Memang itulah hakikatnya.

Namun begitu, tidak semestinya penerima bantuan itu adalah penyokong parti kerajaan. Ini kerana bantuan ini adalah untuk semua rakyat Malaysia yang berkelayakan. Tiada tapisan parti atau pihak dalam mendapatkan bantuan seperti ini. Tetapi ada sesetengah pihak yang mengecam tindakan ini. Walaupun sudah menerima bantuan, atau ada antara ibu bapa mereka yang menerima bantuan menimbulkan rasa tidak puas hati dan komplen sini sana. Kadang-kadang kita tidak faham konsep sebenarnya. Bila BANTUAN dihulurkan,untuk SEMUA. Terima sajalah. Kuasa mengundi tetap di tangan rakyat. Itu usaha mereka untuk mendapatkan kepercayaan. Segala keputusan dan pertimbangan dalam memilih mana pihak atau calon yang akan anda pangkah nanti terletak pada diri anda. Bantuan ini bukanlah untuk memaksa, tetapi salah satu usaha mereka. Walaupun dikata menghabiskan duit negara la,pelaburan tidak sesuailah..tapi ini adalah senario biasa dalam pilihanraya. Fahamilah, kuasa masih di tangan anda. Kenapa perlu nak kondem sana-sini sedangkan tangan menadah. Ambil sahaja. Jangan banyak bunyi, fikir banyak2 untuk masa depan sendiri dan negara.

*Politik memang akan sentiasa menjadi sesuatu yang rumit, kalau terlampau taksub boleh jadi satu pegangan, kalau tak ambil tahu langsung jadi katak di bawah tempurung. Semuanya terletak di tangan individu.

1 comment: