Hari ini aku diajukan soalan mengapa suka panda? Mengapa tidak binatang yang lain? Hehe. Aku boleh dikatakan seorang pencinta binatang, asalkan binatang itu tidak menggigit atau mencederakan. Kucing, monyet, siput, arnab, kuda belang pun aku suka. Cuma panda ni maybe minat lebih sikittt. Kenapa? Hehe pertama sekali, sebenarnya aku mula lihat binatang ini di kaca TV sewaktu kecil dahulu. Masa itu aku tak tahu yang binatang comel ini hampir pupus. Aku rasa macam pergi zoo je mesti boleh jumpa benda ni.
Tapi lama kelamaan, aku mengetahui hakikat sebenar. Binatang comel bermuka tidak bersalah ini sangat sensitif. Maksud aku bukan kuat merajuk ke apa, tetapi mudah jatuh sakit lebih-lebih lagi berkaitan penghadaman yang boleh membawa maut. Sekarang, binatang ini dikategorikan sebagai hampir pupus dan terancam. Di Malaysia pun baru sahaja diberikan oleh kerajaan China sebagai tanda diplomatik. Memang sukar untuk melihat binatang ini melainkan ke sana (China) di mana binatang ini berasal.
Kecomelan panda dan gelagatnya amat mencuit hati. Mereka buat apa sahaja yang mereka suka. Aku cuma dapat melihat sahaja di kaca TV tapi menyimpan harapan dapat melihat binatang ini di depan mata. hehe.
saya juge suke panda! :D
ReplyDeletehooray! they're absolutely adorable.haha
ReplyDelete