Salam pembaca-pembaca budiman sekalian. Sekarang tiba-tiba rasa nak opening line post ni dengan pembuka kata yang kununnya nampak macam orang bahasa sikit.haha. Anyway, aku perasan yang sekarang ni ada satu trend di mana selalu mesti je ada kat mana-mana laman sosial pun. Cerita pasal jodoh. Hoho, bagi yang sedang bercintun pasti tak risau sangat aku rasa sebab mereka sudahpun menjumpai pasangan sehati sejiwa UNLESS mereka ini tidak bercinta untuk masa depan, cuma satu fasa dalam kehidupan yang ditempuhi sebagai pelengkap syarat. Atau bercinta dan hanya melihat apa yang akan berlaku, "kalau ada, adalah.. " begitu katanya.
Bila aku baca post-post di twitter mahupun FB, bila share pasal jodoh, ada tarikan di situ. Ini kerana rata-rata orang kebanyakannya menganggap satu benda penting untuk difikirkan untuk golongan yang belum mendirikan rumah tangga.(err..yang dah kahwin tu toksah la nak fikir kan.) Kalau rasa tak penting atau tak rasa benda tu menarik, takdelah orang yang menyasau gi like, retweet atau share benda tu kan. Obviously benda ni jadi suatu tarikan. Jodoh itu rahsia Allah, rahsia yang membawa kepada sesuatu yang membahagiakan (kahwin). Siapa yang tak happy kan? Cuba kalau kawan-kawan korang yang terdekat kahwin. Pasti korang pun akan tumpang bahagiakan? Walau seseorang tengok ex dia kahwin dengan orang lain pun boleh happy and wish kebahagiaan, apa tah lagi rakan baik. :)
Cakap pasal jodoh, ada yang kata pada aku. "Lelaki senang la...terus pinang je.Perempuan kena tunggu". Aku tak nafikan benda ni tapi aku tak nampak 'kesenangan' di situ. Kedua-dua pihak kena ready untuk satu komitmen besar untuk satu jangka masa yang panjang- seumur hidup. Kalau ada duit, terus kahwin. Padahal diri tak ready, boleh mengundang masalah. Cinta lepas berkahwin memang digalakkan. Tapi konteks tu kena faham betul-betul. Bukan dah ada duit, kahwin terus. Tapi mampu dan bersedia untuk memikul tanggungjawab untuk bersama dengan pasangan masing-masing. Bila dah kahwin baru bercinta, dua-dua dah ready barulah ok :)
* Memang benda yang baik, namun persoalannya.Adakah kita bersedia ? :)
No comments:
Post a Comment