Okey hari ini adalah official- 7 hari berturut-turut aku tidur dalam pukul 9 pagi hingga 2 petang. Isnin sampai Khamis aku joging,tak tidur sampai pukul 7 pagi then keluar joging kat taman bandar. Semalam aku tak jog sebab nak solat Jumaat tengah hari tu, try tidur tak boleh jugak. Pukul 8 baru lelap,pukul 12.30 tengah hari bangun. Malam tadi, aku try lagi pukul 2 dah baring. Again, tak boleh tidur. Arghhhhhh..straight tujuh hari aku tengok perubahan dari malam ke siang, matahari terbenam hingga matahari terbit.
Tak tahu puncanya, mungkin terlalu banyak berfikir. Ada banyak benda berpusing dalam kepala ni, tapi aku tak boleh nak elak. Try buat benda lain, try bagi badan penat. Minggu depan ada something big happening, harap-harap aku dapat berita yang melegakan. Nak lupakan sekejap semua benda. Masih mencuba. Huuuuuuu
No comments:
Post a Comment