Pages

Thursday, August 23, 2012

Wow lama dah tak post.Raya 2012 ~

It's been a looooong time since I been here. Yeah, too busy with stuff...Plus ni final year untuk aku bersama kawan-kawan IPG so aku banyak spend time dengan dorang. Main, lepak, kacau orang, main lagi, konon buat assignment sama-sama. So blog ini pun aku jarang update. Same old same old except I'm counting the days to finish my studies as a degree student. There's also a lot of things aku belajar masa puasa ni especially being patient and rediscover my inner ability to have an active life without feeling tired eventhough I'm fasting...still able to play and woke up to class early in the morning. Alhamdulillah...

Raya..well..Raya is raya. The same to me as always. I couldn't do much. Lama kelamaan, aku mula menunjukkan sikap arwah abah aku yang tak kisah sangat pasal raya. Bangun pun dah mula lewat, (tinggal solat sunat raya taun ni..wuwu), aku malam before raya still men game and tengok movie sampai subuh after that baru tido. Still buat macam hari-hari biasa*Untuk aku la, untuk korang mesti abnormal jugak.haha. Bangun then tengok semua orang dah semat semat, lawa-lawa aku baru nak mandi. Pakai jugak baju melayu, mak aku dah siap buatkan. Aku memang akan pakai baru every year she provided me with it. Thank god aku ada emak yang mampu menjahit baju melayu. Selagi dia mampu, aku akan appreciate what she did for me. I 'll wear it with pride :). Lepas tu aku just duduk menonton televisyen, menunggu tetamu datang dan menyambut mereka dengan senyuman. Hari Raya kan, memang elok untuk berkunjung merapatkan silaturahim. Petang tu aku bergerak ke kampung untuk membantu pakcik membuat lemang.

Itu sahaja destinasi raya aku dari raya pertama sampai hari ini, raya keempat. Rumah kampung a.k.a peninggalan arwah atuk dan nenek aku. Sekarang my aunts and uncles balik every year untuk mengimarahkan rumah itu. Aku datang, tolong-tolong sikit. Makan, berborak dengan pakcik makcik...siap dorang terlepas cakap yang mak aku beli karpet lawa taun ni tapi lupa yang aku ada tengah makan sekali kat situ. Dialog sahaja,nama dirahsiakan.

Makcik 1:Uiiii, duit raya dapat taun ni, Yam(mak aku) beli apa agaknya eh?)
Makcik 2: Entah..haaaa kan dia beli karpet lawa tu. Dia kata beli RM200 je kat Rejinah Segamat.
Makcik 1:Iye???Aku kat Joho(JB) beli macam tu la..RM400
Akak sedara: Eh..oiii...lupa ke.ni anak Yam ada kat sini ni....
Semua:hahahhahahaha(gelak makcik-makcik 50-an)
Nasib baik kita tak mengumpat....

Aku rasa sikit je lagi tu...hehehe....aku pun teruskan makan macam biasa. Bajet cool memakai baju Melayu even dah petang.haha

Raya ni pun significant change adalah aku dah tak main mercun. Maybe sebab stok takde. Tapi dulu aku memburu stok sampai dapat. Memang gila nak main. Mungkin jugak sebab kawasan kejiranan aku yang baru di kampung Tang Jauh ini kurang sesuai sebab kawasan rapat-rapat. Tahun lepas aku baling terlepas ke laman rumah orang tengah dukung baby. So aku macam malas. Dah tak de stok, makin malas.

Itulah raya untuk aku. Nak keluar malas...aku keluar just untuk ke bandar membeli barang atau saja jalan-jalan ambil angin. Just duduk di rumah pun makcik2 ada yang bagi duit even aku dah 23. Bole tahan la dua kali dapat jumlahnya rm60 kan. hehe. Plus kawan-kawan aku lebih ramai di luar Johor...yelah aku sekolah banyak masa kat negeri 9, sekarang transport pun takde. Malas nak rembat kereta mak aku bawak gi jauh-jauh nanti dia nak guna. Motor pulak tinggal kat hostel. Melara je la duduk kat rumah. Takpelah,next year eh, next year aku merayau puas2:)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEMUA KAWAN-KAWAN PEMBACA.MAAF ZAHIR DAN BATIN :)

No comments:

Post a Comment