Digimon Device |
Adakah anda rindukan device ini? Oh ya. Kalau anda lahir pada tahun 80 dan 90-an maybe anda ingat. Inilah Digimon device yang digunakan untuk membela, memberi makan, membasuh beraknya serta melatihnya utuk battle. Lepas tu tutupkan lampu dia, lapar kena beri dia makan. Wah macam jaga anak dah pulak...Tapi memang syok zaman-zaman sekolah rendah aku main benda ni. Menarik. Lebih kurang macam 'CyberPet' atau 'Tamagotchi' di mana kita akan membela pet dalam device ini tapi berbanding Digimon, Digimon boleh battle dengan device yang lain.
Zaman sekarang pulak memang dah boleh kata pupus la benda ni. Budak2 rileks je baring atas sofa main game tablet. Lebih advance dan grafik game-game sekarang memang tak tertandinglah permainan elektronik zaman dahulu. Dulu masa rehat bolehlah tengok budak-budak sekolah 'battle' gunakan device masing-masing. Tapi bukan semua orang mampu tau. Mahal jugak dulu dekat RM100 device ni. Tapi budak-budak dulu gigih kumpul duit untuk mendapatkan permainan kegemaran mereka. Sanggup beraya rumah ke rumah mengumpul duit raya even dapat RM1 pun! Tapi zaman sekarang memang tak pandang RM1, level sekarang paling cikai RM2, RM3 dah.. Nak PS2?PS3?PSP? mintak je..haha. Sekarang teknologi dah meningkat naik,pasaran pun makin meluas. So generasi sekarang memang tidak ketinggalan cuma kepayahan dalam mendapatkan barang idaman tu sekarang..kurang..usaha pun tak berapa.
Tapi untuk budak-budak zaman main Digimon Device ni pulak, mesti korang rindu kan? Aku pun baru menggunakan application yang boleh di'download' free dari Android Market@Google Play..Application bernama 'VPET'. Membolehkan pengguna android even secikai Samsung Galaxy Y aku ni pun boleh membela Digimon melalui app ini. Penggunaan Quad screen jugak membolehkan pengguna membela sekali 4 ekor Digimon! Haha. Kalau Digimon device dulu boleh bela seekor je kan...sekarang boleh bela sekali 4. So kita boleh guna various type. Aku punya Digimon tak boleh nak battle lagi, baru menetas pagi tadi. So newbies macam aku dan termasuk beberapa orang kawan yang install VPET ini just menjaga je lah dulu. Tak boleh lagi nak 'battle' dengan otai2 yang memperkenalkan VPET app ini pada kami.
Screen shot of VPET app for android |
So untuk penggemar dan perindu Digimon Device ni, bagi yang pakai android. Cepat2 lah install. Menarik dan boleh mengurangkan bosan. Juga memupuk sifat kasih sayang.hehe
*Kredit to Faisal Samsudin for introducing me to this
*Aku tidur petang tadi setiap sejam terjaga sebab seekor-seekor bising suruh bagi makanan and suruh tutup lampu. Tak pernah aku menimbulkan sikap kebapaan sejak sekian lama.
nak tanya sikit pasal app vpet ni.dah install tapi bila nak open tak boleh,macam force close.kenape eh?
ReplyDelete