Pages

Friday, February 22, 2013

People are amazing.

Aku nak share dengan korang satu video yang menunjukkan keupayaan manusia yang melebihi jangkauan. Kadang-kadang ada certain things yang kita tak tahu kita boleh capai, tapi sebenarnya boleh dengan usaha dan dedikasi. Semua orang ada keistimewaan masing-masing, dan melalui keinginan dan semangat. Pasti boleh! Yeah! *terjun bangunan.


*Pause lagu kat bawah dulu ye kalau nak dengar

Masihkah anda ingat.. Bola Naga?

Bagi kanak-kanak yang lahir tahun lewat 80-an dan 90-an, adakah anda mengalami fenomena rajin bangun pagi di hujung minggu, Sabtu dan Ahad, dan terus membuka tv menunggu rancangan ini ?


Kalau ye, zaman kanak-kanak anda awesome. Hahaha. Mostly for lelaki. Kartun 'Dragon Ball' atau dalam komik alih bahasa Melayunya yang sangat laris di Malaysia iaitu 'Mutiara Naga' merupakan fenomena viral buat kanak-kanak di Malaysia ketika itu. Aku masih ingat, komiknya yang keluar dulu di pasaran pada umur aku 7-8 tahun. Memang menarik. Kisah Goku, seorang budak bereekor yang bukan manusia biasa dan dibela oleh datuknya. Cerita ini berkembang sampailah hero ini pernah mati 2-3 kali, dan akhirnya menjadi penyelamat bumi. Susunan plot yang tidak diduga dalam cerita ini memang terserlah,malah pelukisnya Akira Toriyama juga mengadaptasi kisah 'Sun Wukong' serta pelbagai jenis seni mempertahankan diri serta nilai jati diri yang tinggi demi menyelamatkan bumi. Karakter-karekter yang comel semasa kecil tetapi 'bad ass' bila berlawan juga menjadi tarikan dalam kisah ini.

 *Sempat lagi kalau korang nak baca.X bosan baca or tgk siri dia,serius! *Pause lagu kat bawah dulu ye kalau nak dengar

Tuesday, February 19, 2013

Akhirnya, tarikh temuduga.

Tengah hari semalam aku cek maklumat tentang tarikh dan tempat temuduga aku untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG 41. "Harap Maaf tiada nama dalam senarai". Tu je yang keluar.Memandangkan siang tu pun ramai member-member dah mula dapat, aku macam terfikir bila turn aku. Waktu Maghrib pulak sebelum pergi tusyen, aku try lagi. Mula-mula guna Google Chrome. Sama je jawapan. Then tergerak nak guna Firefox. Eh dapat la pulak.


Klik kalau hangpa nak bagi besaq.


13 Haribulan Mac 2013. Tarikh penting ni. Tak dapat buat kat Johor pun takpelah..asalkan dah ada. Kesian jugak ada kawan-kawan still belum dapat lagi. Wish me luck, harap-harap lepas.Amin.. :)

Kenduri Lagi. Lelaki pertama dalam batch 89!

Pada 17 Februari yang lalu, aku bertandang (ceh bertandang) ke majlis perkahwinan salah seorang rakan lelaki aku dari sekolah. Shuk dan pasangannya Atikah.. Perkahwinan mereka berlangsung di Dewan Masjid Putra, Nilai. Meriah jugak. Shuk ni lelaki pertama dalam batch aku yang berkahwin. Masa form 5 pun dia dalam kelas duduk belakang aku je. Dia ni banyak pen dakwat cair, aku selalu pinjam sebab lawa. Lagi2 kalau nak tulis surat bahahaha. Oh ye, malam sebelum majlis perkahwinan dia ni..aku dapat info yang budak lelaki geng2 ramai jugak yang datang. So aku pun deal dengan sorang lagi batchmate yang tinggal di Gemas, nak bawak dia sekali ke Nilai. Batchmate ni pulak memang tak pernah jumpa geng2 ni dari sekolah lagi, event futsal buat banyak kali pun tak pernah datang. So aku bagi teka-teki kat budak2 ni di facebook tentang kehadiran tetamu misteri ini..semua tak dapat teka.hampeh.

Aku belajar dari kesilapan kenduri yang lalu, kalau aku nak sampai 'on time' dan terus huha-huha dengan budak2 ni tanpa rasa awkward(kalau sampai awal, budak2 perempuan je ramai haha), mereka(budak2 laki yg kamceng) ni memang datang lambat. So aku pun gerak lambat dari rumah dan ambil member ni sekali. Pukul berapa kami sampai di majlis tu? Pukul 2.30 hahahaha. Memang ramai budak-budak ni dah ada. Terus lepak berborak. Lauk pun dah habis. Bila pukul 3 lebih, ada lg sampai geng2 ni. Masa tu jadi lagi meriah borak tak ingat dunia. Kebetulan, family Shuk ni suruh masuk makan pada yang belum makan. Aku pun join sekali sebab masa sampai lauk kat khemah luar dah habis and makan dengan budak-budak ni.

Ini sedikit sebanyak sedutan dari majlis tersebut. Credit to kamera Udin.

Antara member baik, Wukong dan ehem. Tak lama dah ni.
Jomput-jomput bersama batchmate kaum ibu
Masa ambil gambar bersama mempelai.Ce teka mana penulis.

Masa budak-budak ni pun baru sampai. Makan kat dalam beb.

Bersama rakan bakal guru yang juga sedang menganggur.
Bersama Kilat dan Gapan.
Lepak kat As Salam Bistro pulak.


Lepas abes majlis, kitorang pun cari port lepak. 5 jam jugak lepak kat situ padahal masing-masing esoknya nak keje plus aku pun nak gerak balik Johor. Gila betul hahaha. Macam-macam cerita keluar. Biasanya memang macam ni kalau gather, and sape tak datang kena kutuk ,tu konsepnya.kah kah kah

*Event Futsal gathering bakal kembali semula. Perancangan dalam bulan Mac.InsyaAllah.

SELAMAT PENGANTIN BARU SHUK!

Tuesday, February 12, 2013

Musim Hujan. Apa yang best?



Sekarang ni musim hujan di kebanyakan negeri di Malaysia. Memang kerap sangat hujan... kalau kat daerah aku ni..takdelah lebat. Cuma hujan je sepanjang malam. Especially dari waktu Subuh hingga ke petang. Untuk lelaki yang insomnia seperti aku ini, yang selalu tak tidur sampai Subuh..memang membantu cuaca ni untuk aku tidur nyenyak. Hahaha. Eh jangan amalkan. Korang yang mata normal sila buat cara normal. Jangan mulakan benda ni. Aku memang bermasalah sikit bab tidur ni.

Aktiviti aku yang lain pun agak terganggu dek hujan ni. Nak gi train ragbi, susah..nak bakar sampah..susah..nak jogging..susah. Nasib baik tusyen malam. Setakat ni Alhamdulillah aku dapat elak hujan dalam otw gi tusyen sepanjang musim hujan ni bermula..cuma sekali je kena. Yang lain semua aku dapat naik motor macam biasa. Itupun basah sebab lori lalu sebelah main hentam je lopak air kat kita. Yelah..kita naik motor je kan....Air sungai di bandar pun dah mula naik sehingga tahap merisaukan. Kebanyakan warga daerah ini terutama yang duduk di kawasan rendah memang akan risau pada musim-musim seperti ini.

Apa-apa pun,hujan itu rahmat. Jika kerja, kerjalah macam biasa. Tapi suasananya sejuk sikitlah, dan lembap. Memang menguji mata. Hehe. Kalau penganggur yang asyik berehat macam aku ni, boleh lah berehat dalam suasana yang lebih sejuk sambil memikirkan apa aku nak buat kat rumah dalam musim hujan ni. Hehehehehe.



*Dengar kata tarikh interview akan muncul tak lama lagi. Harap dapat tarikh yang sesuai dan segala urusan berjalan lancar. Amin.. :)