Pages

Monday, March 11, 2013

The Reality Hits Me.

Salam 1 Malaysia. Aku dah penat membaca (padahal baru sejam) untuk interview nanti. Otak aku cepat tepu, maklumat semua dah padat, dan segala info mengenai isu pendidikan dan sebagainya terpaksa bersaing dengan info bola sepak, game 'moves', planning untuk masa-masa akan datang, tusyen, kebosanan tinggal di rumah tanpa berbuat apa-apa, kesempitan wang dan bermacam-macam lagi. Aku try buat cara study aku masa di IPG. Pulun study bermula jam 2 pagi, 3 pagi bosan dah, terus main game. Lepas subuh baru tidur, bangun tidur lapar. Pergi makan. Lepas makan baca sikit lagi, petang terus masuk dewan exam. Kalau exam pagi, memang aku tawakal je apa yang aku baca malam tu.hehehe. 

Tapi this time, it's different. Jawapan yang bakal diberi bukannya kena fikir lama-lama, tengok siling dewan, tengok sistem air conditioning  dewan yang bising, lepas tu fikir "Kenapa bising sangat eah? Macam mana dorang pasang? Ke tak cuci ?". Lepas tu dapat idea terus jawab. Dah penat tulis, siap jawab soalan terus keluar dewan tak kisah la awal ke. Balik bilik terus melepak, online atau main game dengan budak-budak yang keluar awal jugak. Kali ini, aku kena jawab on the spot, dan ditanya secara lisan dan diperhatikan. Nak garu punggung ke, nak garu pipi ke, memang tak boleh. Ahh tensionnya. Aku harap aku tak tertekan. Mana taknya, ini interview ke 3 dalam hidup aku sejak bayi lagi. Last adalah masa aku mula-mula apply nak masuk IPG ni.



Bila aku baca jugak segala info, segala dasar, segala strategi pendidikan yang mula dilaksanakan untuk memartabatkan pendidikan negara kita; aku terfikir...aku sebagai agen yang akan melaksanakan segala dasar dan strategi tersebut. Bila baca..pheww..memang perubahan yang banyak. Dan memerlukan tenaga kerja yang sangat fokus. Masa ni lah aku rasa nak je tunjuk penumbuk kat sesiapa yang kata kerja cikgu ini senang. Aku yang nak memohon jawatan ini, aku dah dilatih. Tapi hakikatnya, adakah aku bersedia untuk realiti sebenar? Memegang suatu amanah, untuk masa depan generasi akan datang. Bila dalam keadaan ini aku terfikir balik antara tujuan aku menjadi guru, mengelakkan murid membuat kesilapan yang sama semasa aku sekolah dulu. Aku harap mereka enjoy dan dalam pada masa yang sama membuat keputusan yang baik untuk masa depan mereka sendiri. InsyaAllah..

Saturday, March 09, 2013

Lelaki Besi 3!

Filem Iron Man 3 bakal muncul di pawagam kalau tak silap aku bulan Mei ini. Apa yang buat aku excited ialah, akhirnya muncul juga nemesis atau musuh ketat Iron Man yang sebenar seperti di dalam komik bahkan kartun iaitu Mandarin!


*tunggu dengan simpanan wang rm20 untuk tiket wayang.

Aktiviti bulan ini.



Ada dua event penting untuk aku dalam bulan ini. Event yang pertama ialah Temuduga untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG 41. Aku perlu berjaya dalam temuduga ini kerana temuduga ini merupakan perkara penting dalam menentukan masa depan aku sebagai seorang guru. Oleh kerana 'posting' kami masih suram, namun prosedur temuduga ini tetap diteruskan bagi menjamin kesahan perjawatan kami ini. Oh lecehnya. Nak taknak kena pergi dan luluskan diri. Last time aku temuduga adalah masa nak masuk IPG dulu, masa tu pertanyaan semua berasaskan KBKK dan pandangan berdasarkan situasi yang diberikan. Temuduga kali ini memerlukan kefahaman yang jelas dalam pendidikan, pertanyaan melibuti banyak fakta yang perlu diBACA. Bukan GEBANG semata-mata. Itu yang aku lemah tuu..

Event kedua adik-adik sekalian ialah Temasya Futsal Reunion Batch 89 Clanz(batch SPM 2006 sekolah aku dulu). Post sebelum ini aku nyatakan kenapa setelah sekian lama tak dibuat akhirnya dianjurkan kembali dengan nafas baru, tempat baru. Harap dapat sambutan hangat seperti edisi-edisi sebelum ini. Aku juga berharap edisi ini akan menjadi medium untuk aku melepas segala tekanan yang ada dalam menghadapi temuduga nanti. Kalau temuduga tidak berjalan dengan lancar, aku sangat sangat sangat berharap futsal+melepak dengan rakan-rakan lama ini dapat membantu pemikiran aku.

Sedar tak sedar, bulan Mac sudah... Aku pun dah menginjak usia. Sungguh cepat masa berlalu. Aku pun sudah masuk 4 bulan menjadi penganggur bertauliah. Hampir 1 semester aku menganggur nampaknya. Aku harap pihak berkenaan dapatlah menguruskan urusan posting aku. Bukan  apa, degree aku ni..mana laku kat tempat lain. Sekolah je yang boleh menjadi tempat untuk degree aku ini bermanfaat.

Tuesday, March 05, 2013

Temasya Futsal Reunion Kembali!




Bagi bekas pelajar SM Sains Tuanku Jaafar batch 2002-2006, ada suatu tradisi di kalangan budak-budak lelaki di mana kami akan mengambil satu sesi untuk berkumpul dan menyepak kaki masing-masing di gelanggang futsal. Setakat ini, sudah 9 kali sesi ini dijalankan. Kali terakhir aku sebagai penganjur mengadakan event ini adalah pada Krismas 2011, selalunya setiap sem aku akan buat. Tapi memandangkan tahun 2012 ramai member-member yang menuju tahun akhir, sibuk dengan FYP, tesis dan sebagainya, futsal ini senyap seketika untuk memberikan laluan kepada mereka.

Antara edisi terawal 


Selalunya event seperti ini diadakan di sekitar daerah Seremban, kerana pada masa itu kami budak-budak sekolah suka melepak di sana. Di situlah tempat dating lah, tempat tengok wayang, tempat kenal dunia dan sebagainya. Namun begitu, aku akan mengadakan edisi ke-10 ini di tempat baru, KL, kerana kebanyakan mereka sudah bekerja, bermastautin, masih belajar, baru pindah rumah, memulakan karier dan sebagainya. So futsal kali ini akan diadakan di Sport Planet Ampang.

Selalunya lepas futsal, kami akan mencari port lepak dan mengutuk satu sama lain dan biasanya mangsa adalah rakan-rakan yang tidak berjaya hadir. Sikap ini tidak perlu diikut oleh pembaca dan ini merupakan bahan lawak antara kami. Biasalah kawan membahan kan.heheheh. Apa-apa pun harap event ni berjaya nanti dan dapat dihadiri oleh segenap lapisan rakan-rakan lelaki batch 89Clanz.

Aku dah 24 yow!

Gambar seorang lelaki dewasa sedang bermain.


Pertama-tama sekali, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat rakan-rakan yang mengewish birthday aku baru-baru ini. Setiap kali bulan Mac, hari pertama, aku akan menginjak usia. Tahun ini 010313 merupakan tarikh di mana umur aku lanjut ke umur 24 tahun. Oh tuanya. Oh mannn. Setiap kali meningkat umur, aku akan berfikir masa depan. Kononnya membuat pelbagai rancangan sesuai dengan kematangan yang sepatutnya muncul dengan peningkatan umur ini. Tapi malangnya, aku akan jadi diri aku sendiri. Let go je, rancang-rancang, tapi last-last hadapi kehidupan sehari-harian dengan biasa.

Pasang azam tu pasanglah jugak, tapi maybe bila fasa peralihan ke arah kehidupan berkerja tu belum tiba, aku still belum boleh rancang future aku dengan baik. Sepatutnya aku dah duduk sekolah dah mengajar, tapi minggu depan baru la nak interview untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah. Entah berapa lama baru akan dipanggil berkerja. Nasib badan...

Apa-apa pun, aku harap umur ini dapat membantu aku menghadapi kehidupan dengan tenang, dapat melalui transisi dari 'student' kepada 'employee' dengan baik serta dapat menemui pasangan yang memahami jiwa ini (ok,yang ini optional, tiap tahun aku harap macam ni). Aku akan cuba buat apa yang terbaik untuk apa yang ada di depan mata aku, dan menjadi seorang ahli keluarga yang bertanggungjawab. Aminnn..