Pages

Wednesday, January 02, 2013

The Beginning - One OK Rock

Presenting ' The Beginning' daripada band Jepun One Ok Rock. Jumpa lagu ni dalam soundtrack movie adaptasi daripada anime 'Samurai-X' iaitu 'Rurouni Kenshin'. Enjoy!


P/S: Jangan lupa OFF dulu lagu kat blog ni.hehe

Wednesday, December 19, 2012

Kahwin lagi.

Tajuk post ini bukanlah satu yang berkaitan dengan aku, bukan juga satu keinginan..err..tapi just untuk share tentang majlis perkahwinan yang berlangsung baru-baru ini. Pada 15 hb Disember 2012, Sabtu yang lalu, aku yang kurang gemar sebenarnya muncul di majlis-majlis perkahwinan telah melangkah kaki ke majlis perkahwinan rakan sekolah aku, yang pertama dalam batch kami. At first, aku fikir.. "1st dalam batch musti ramai orang yang datang (i mean budak2 batch aku), then dengan tanpa berfikir panjang aku pun pergi. Tengok-tengok perempuan je yang ramai, laki, cet. Nasib baik dua orang best friend aku masa sekolah ada, kalau tak melanguk la aku kat situ taktau nak borak apa.hahaha.










Penulis tidak gemar serius ketika ambil gambar

























Lepas kenduri tu, ada salah seorang rakan belanja kami makan di bistro di daerah Kuala Pilah ini..dah lama tak datang since sekolah di sini. Apa-apa pun tahniah buat pasangan Aniza dan Ezham, semoga berkekalan. It's nice to meet up with old friends :)

Saturday, December 08, 2012

7 hari straight tak boleh tidur malam.

Okey hari ini adalah official- 7 hari berturut-turut aku tidur dalam pukul 9 pagi hingga 2 petang. Isnin sampai Khamis aku joging,tak tidur sampai pukul 7 pagi then keluar joging kat taman bandar. Semalam aku tak jog sebab nak solat Jumaat tengah hari tu, try tidur tak boleh jugak. Pukul 8 baru lelap,pukul 12.30 tengah hari bangun. Malam tadi, aku try lagi pukul 2 dah baring. Again, tak boleh tidur. Arghhhhhh..straight tujuh hari aku tengok perubahan dari malam ke siang, matahari terbenam hingga matahari terbit. 


Tak tahu puncanya, mungkin terlalu banyak berfikir. Ada banyak benda berpusing dalam kepala ni, tapi aku tak boleh nak elak. Try buat benda lain, try bagi badan penat. Minggu depan ada something big happening, harap-harap aku dapat berita yang melegakan. Nak lupakan sekejap semua benda. Masih mencuba. Huuuuuuu

Friday, December 07, 2012

Take A Bow by Taeyeon

Lately aku rajin usha-usha Youtube rather than aktiviti biasa aku iaitu wikireading. Sebab rajin nak tengok lagu-lagu and video clip baru. Bila kita bukak satu video tu pasti ada suggestion kat tepi-tepi tu kan? Tengok-tengok aku terjumpa ni. Lagu 'Take A Bow'(song by Rihanna) cover by Taeyeon. FYI, Taeyeon ni leader kumpulan Girls Generation. Aku minat suara dia, and agree yang dia ni masuk group Girls Generation/SNSD mostly sebab bakat dia.Mula-mula tertarik dengan lagu tema drama 'Athena:Goddess of War' yang dia nyanyi. Memang sedap suara dia. Then jumpa dia cover lagu Rihanna ni pulak.hehe. Apa yang aku perasan bila tengok Korean Reality TV Show macam RunningMan, diorang punya English sangat tak berapa. Mostly pronouncation memang out. Tapi Taeyeon ni nyanyi ok la jugak, what attract me the most is the voice :)



*Make sure tutup dulu music kat blog ni before play.hehehe

Great drink, save more :)

Sebagai peminat tegar 'ice lemon tea', minuman refreshing yang menyegarkan tekak anda di kala hari panas mahupun hujan, aku selalu membelinya lebih-lebih lagi kalau kat hostel. Kalau kat rumah ni dah kurang la sebab takkan asyik nak beli je kan. Kebetulan last week aku bertugas membeli barang-barang dapur di pasar raya berhampiran. Cari punya cari, belek punya belek, tengok list, pergi part frozen, part sayur, boleh kata semua la. Then aku terjumpa satu partisyen di bahagian paket-paket kopi, teh dan sebagainya. Kuning menyala, tertarik saya.

Lipton Ice Tea Litro Pack
 

 Aku tengok kat kotak tu, tulis lipton ice tea,lemon flavor, pek litro. Aku fikir eh senang ni nak bancuh, kalau nak minum je bancuh macam nescafe three in one. "Eh mudah ni.." lalu aku pun masukkan dalam troli. Bila sampai rumah, malam tu aku try la nak buat. Then, alamak....besar gedabak dia punya paket dalam satu kotak tu. Ada 5 je. Memang untuk bancuh sekali 1 liter punya. Mula-mula rasa leceh. Aku tangguh dulu. Besoknya aku haus, rasa nak buat la  pulak. Then aku try bancuh..Keluarkan botol air/jag yang boleh letak dalam peti ais, bancuh 1 paket dalam tu. Pekat sebenarnya, so korang boleh buat 1 1/2 liter, cuma tambah gula sikit.

Voila! 1 jug of thirst quencher


Sekali buat boleh tahan 4 or 5 hari, letak je dalam peti ais. Kalau aku dah sejuk tu letak ais dalam cawan/mug, tuang. Perghhh memang best. Masa bancuh korang boleh tentukan nak manis ke, nak kurang  ke terpulang. Tapi yang penting puas hati. Kotak ni between rm5-6 je tak silap aku and dalam tu ada 5 pek litro (1 pek untuk bancuh 1 liter). So quite great value for a nice drink. Less calorie too :)