Banyak betul peristiwa, banyak betul orang yang aku jumpa, yang aku interact, yang aku berkenalan. Dalam tempoh beberapa tahun ini banyak yang berlaku. Tapi oleh kerana kedegilan dan ketidaksediaan aku untuk 'settle' dan cari partner, instead aku sibukkan diri di hostel, main, spend time dengan kawan-kawan. Mengambil langkah rileks dan 'kenal-kenal macam tu je' bak kata orang. Dengan prinsip 'kalau ada,adalah..'. Tapi bila orang yang aku kenal, aku pernah interact,pernah date. Bila mereka mula step up,mengorak langkah..aku rasa macam wow...cepatnya. Everything happens very fast... dan betul orang kata. Everything happens for a reason... aku ada jugak rasa nak mencari. Tapi terasa 'backtrack' bila memikirkan diri yang belum stabil. Belum kerja lagi, dan belum nampak lagi perancangan.
Bila aku nak rasa rileks je, aku dapat info pasal orang ni then orang ni..then orang ni..." Wahh dah ada pakwe...wahhh swweetnyeww dah tunang..wahh dah ada orang yang nak ditunggu..wah dah nak kahwin..". Tambah pulak berita kawan-kawan, tambah pulak berita sepupu, anak saudara.Semuanya mengorak langkah. Aku macam ye, chill lah kan. Tapi bila masuk-masuk satu berita tu, of course akan buat kita terfikir. Lagi-lagi yang pernah ada memori sama-sama, secara automatik akan teringat. Secara automatik akan berfikir seterusnya membuat refleksi sendiri. Ada kawan pernah kata 'rileks dulu..enjoy dulu...'. Ada juga kawan rapat yang kata 'akan ada nanti...'. Aku percaya semua tu. Takkan nak semua serentak kan, tapi kita tidak boleh menyerahkan semuanya pada takdir. Usaha kena ada :). Harap ada la yang akan tiba nanti..buat masa sekarang..tak tahu bila..tak tahu siapa yang sudi dan tak tahu end up dengan siapa. InsyaAllah :)
Kalau ada tu ada lah. Ngee.
ReplyDeleteInsyaallah. :)
InsyaAllah...terima kasih hehe :)
ReplyDelete