Hari ini bukanlah hari ibu, bukan jua hari jadi emak aku(next month). Tapi aku saja nak post tentang keibuan hari ini sebab teringat kat dia la.. Padahal seminggu lagi nak balik rumah. Sebab bila aku lepak sensorang, termenung jauh..pasti one of the thing yang aku fikir ialah mak aku. How she's doing? Apa yang dia buat sekarang? Apa yang ada dalam hati dan fikiran dia? Semua tu aku terfikir.
FYI, mak aku adalah single mom yang bakal mencecah umur 55 tahun pada akhir tahun ini. Seorang wanita yang tabah dan sentiasa inginkan yang terbaik untuk anaknya. Abah aku meninggal pada tahun 2007, lebih kurang 5 tahun lepas. Dan itu merupakan turning point yang sangat mengejut yang menimpa family kami. Kami juga pada waktu itu baru merancang untuk berhijrah ke Segamat, Johor..kampung halaman kami yang asal setelah 7 tahun bermastautin di Negeri Sembilan. Rumah pun dalam proses pembinaan di tanah arwah, tetapi Allah lebih menyayanginya. So satu impak yang besar dan pada waktu itu emak aku yang selama ini banyak bergantung pada arwah abah terpaksa memikul tanggungjawab yang rumit.
Ketabahan emak memang bukan calang-calang, dia lah jadi tukang hantar adik-adik ke sekolah asrama,every weekend melawat sebab adik-adik masa tu sekolah lagi. Agak terkejut dengan kehilangan arwah masa tu, so emak memainkan peranan dengan sentiasa menemani adik-adik. Tak mahu adik-adik rasa sunyi, takut efek pelajaran, life dan sebagainya. Pada waktu itu, aku sangat bersyukur. Emak sangat kuat. Sangat tabah. Sesalan timbul. Dari sekolah rendah aku excel, masuk sekolah menengah aku malas. Belajar tak, main je. PMR selamat pulak dapat straight A, so aku jadi lagi rileks. Tak fikir pun belajar. SPM yang menghentam aku dengan realiti. Aku tau, parents aku hampa masa tu.
No comments:
Post a Comment