Pages

Thursday, December 06, 2012

Compatibility vs Chemistry



Dalam sesuatu hubungan(relationship), pasti ada beberapa faktor yang diambil kira. Katakanlah korang nak start something ni, pasti korang kenal-kenal dulu kan? Dalam masa mengenali tu mesti ada benda atau faktor yang korang lihat pada seseorang tu dalam menentukan..is she/he is the one? 
#Ok diagnosis aku ini adalah untuk real relationship, bukan untuk temporary fling, scandal or ape2 lain yang tidak berkenaan.

Dua faktor major dalam menentukan pemberatan dalam memilih pasangan itu yang aku nak share kali ini ialah 'Compatibility' dan 'Chemistry'. Compatibility atau olahan dalam bahasa Melayunya ialah kesesuaian, faktor melengkapi dan lebih menjurus kepada faktor luaran. Contohnya status keluarga, status kewangan, kerjaya, pelajaran, hobi,kecenderungan dan sebagainya. Sebagai contoh.. seseorang itu melihat pasangannya itu seorang yang bekerja sebagai doktor dan dia adalah seorang jururawat. Dan melihat itu sebagai satu kesesuaian kerana faktor kerjaya yang saling berkaitan. Antara lain juga melihat kepada pasangannya itu mempunyai kecenderungan atau hobi yang sama, dan juga minat terhadap genre movie atau lagu yang sama. Itu semua adalah compatibility. Mencari persamaan dalam sesetengah aspek untuk memudahkan kehidupan bersama.


Manakala 'Chemistry' lebih melibatkan perasaan. Kadang-kadang diri sendiri tak tahu, anda terserempak dengan seseorang ini ketika di konsert misalnya. Bila meluangkan masa seketika bersamanya, anda rasa dia sesuai. Even bila mengetahui yang minatnya yang berlainan atau kecenderungan serta kerjaya yang tidak seperti yang anda bayangkan, anda akan berfikiran semula cara untuk bertoleransi dengan semua itu. Itu adalah chemistry, anda memang menyukai orang itu. Kadang-kala, ada juga orang yang tidak tahu untuk explain jika ditanya "Kenapa kau suka dia?" even memang berlainan certain part dalam kedua-dua insan ini.Memang selalu berlaku. Jawapannya "Aku suka dia." *Soundtrack lagu Ainan Tasneem berkumandang :P  ..Itulah chemistry. Rasa suka,selesa dan ingin bersama walaupun dalam pelbagai rintangan,halangan atau perbezaan pada individu itu.



Aku bukanlah Dr. Love mahupun Dr. Rozmey, tetapi based on experience and various observations, aku rasa kedua-dua ini penting. Cuma a little bit on the chemistry side. Sebab bila ada chemistry ni. akan ada motivasi untuk mewujudkan hubungan dan suasana yang happy untuk kedua-dua pasangan sebab dorongan daripada perasaan ini memang sangat tinggi. Akan ada tolak ansur, beralah, pengurangan ego serta penerimaan perbezaan individu. Kalau dari segi kesesuaian atau 'compatibility' ini sahaja, katakan anda mempunyai minat atau hobi yang sama, lama kelamaan akan timbul kepincangan sebab tiada dorongan untuk kekal bersama sebab tiada faktor perasaan itu. Timbul lah nanti rasa bosan, penat kerana tiada motivasi dari dalam hati untuk mengekalkannya. Namun begitu kedua-dua faktor ini amatlah penting bagi pendapat aku. Cuma perbezaan boleh diterima dan diexplore. Perasaan? Susah sikit. Only your heart knows :)


Wednesday, December 05, 2012

I'm Batman.

Genap 5 hari berturut aku tak tidur sampai Subuh. Well, memang ini adalah salah satu cara aku tak terlajak Subuh. In a way. Sebab nak harap aku tidur pukul 2 ke bawah..memang susah la.. Plus aku susah bangun. Lately sleep eluded me.. I don't know why. Maybe my biological clock had messed up. Aku dah berapa kali rasa tak sure pukul berapa aku patut tidur. Nak disiplinkan diri? Pukul 1 kadang-kadang aku dah try baring. Tapi tak boleh lelap. Kadang-kadang sampai pukul 3,4 mata aku segar lagi. Aku pun dah jarang minum nescafe sekarang. So aku tak tahu, maybe aku dah terbiasa macam tu sejak sekolah menengah.

Masa sekolah, balik dari asrama.. cuti mesti rasa nak tengok tv je..Tapi masa tu abah aku akan menguasai ruang tamu dan memicit-micit remote menonton discovery channel atau berita atau channel arab. Kalau hujung minggu dia bukak bola baru aku pergi ke situ. Takut wo, abah aku garang dulu. Takde sape berani pergi depan tukar channel masa dia tengah tengok. Kalau siang dia pergi kerja, adik-adik and mak akan tengok tv tu. So masa aku? Aku mengambil langkah pukul 12.30 malam baru start tengok TV. Hinggalah ke subuh, lepas tu jogging kat tepi-tepi estet tu. Start daripada hari tu, automatically aku akan rasa nak tengok TV time-time macam tu. Sebab selalu aku tengok Travel Channel dan AXN. Favourite aku masa tu adalah CSI, Leverage, Chuck dan segala macam lagi. Selalunya disiarkan jam 9-11. So waktu itu aku tak berpeluang tengok sebab abah aku tengok channel lain.

So what do I do? Astro biasa akan ulang cerita tu jam 12.30 onwards. So masa tulah baru aku boleh rileks tengok tv sorang-sorang tanpa gangguan. Hehe. Dan itulah kadangkala hobi baru aku bermula. Kalau boring aku main dengan kucing, takpun menghuru-harakan dapur, atau keluarkan kura-kura masukkan dalam besin dan main, dan yang paling pelik adalah keluar jalan-jalan malam kat dalam estet tu tengok bulan bintang. Lawa doh..hehe. Kalau kucing aku hilang tengah malam pun aku sanggup cari dalam kebun-kebun sawit tu, aku pun tak tahu kenapa. Aku jadi lively pada waktu malam since then.

"I'm Batman" *Suara garau

Kebodohan.

Satu perkataan je, mudah kan? Kebodohan. Mutiara kata dari aku.. "Kebodohan seseorang bukan terletak pada gred peperiksaannya".



Mungkin kerana dia nak cepat famous, atau ada member cabar dia ke Wallahualam.. Hari tu lagilah famous.. nak bogel lah..nak kerat la..macam-macam... Nasib baik bukan pakcik umur 40 tahun post benda-benda macam ni. Adik-adik, abang rasa sekarang zaman budak-budak makin pandai, makin update dan bila terjebak dengan internet dan globalisasi seawal usia ini, inilah consequence dia. 

Apa-apapun harap berubah lah ye, malu lah. Melayu pulak tu.

Musim Ikatan Kasih



Sekarang ni musim cuti sekolah, musim anak-anak bergembira. Musim bangun pukul 9, sarapan dan terus menghadap game. Atau bangun awal semata-mata nak tengok kartun. Semua ini adalah istirahat untuk kanak-kanak sekolah bergembira, tidur sepuas-puasnya, main game sepuas-puasnya, berlari sepuas-puasnya(kecuali yang berkhatan) dan juga musim untuk bercuti ke mana-mana. Di kala ini juga bagi yang mempunyai Astro di rumah menguasai remote dengan channel Ceria, Nickelodeon dan Disney dengan masyuknya. Ini adalah fenomena biasa bagi kebanyakan kanak-kanak di waktu ini. Kalendar kuda warna kuning, budak-budak pasti excited.

Oh ya, Hai. Saya Shafiq, berumur 23 tahun. So saya tak join lah tengok kartun-kartun ni. Ok tipu, mungkin sikit.Haha. Untuk aku, bukanlah nak jeles, tapi dah tak merasa benda-benda tu semua. Cuma rutin yang agak similar cumalah makan tidur. Main pun jarang. Untuk seorang pemuda berusia 23 tahun, patutnya aku cerita pasal benda yang sesuai dengan umur. Apa yang aku lihat pada musim cuti sekolah yang panjang ini, adalah musim untuk orang sekeliling aku melangkah ke alam baru. Bukan alam mutiara naga ye, tetapi alam pertunangan dan perkahwinan. Tak kiralah saudara mara, rakan-rakan, junior-junior, senior-senior, pakcik makcik, jiran dan sebagainya. Pasti musim cuti sekolah akhir tahun seperti ini merupakan salah satu tarikh faveret.

Macam baru-baru ini, ramai rakan IPG aku melangsungkan perkahwinan. Maaf sebab yang jauh-jauh aku tak dapat hadir. Oleh kerana kesempitan wang, tiada rakan travel serta transport sendiri yang berkuasa untuk bergerak jauh. Juga minggu hadapan rakan batch sekolah aku yang pertama bakal melangsungkan perkahwinan di Kuala Pilah. Itu pun aku tak pasti kerana kalau tak silap ada kenduri lain juga. Apa-apa pun akan diusahakan. Dalam minggu ini juga salah seorang member geng laki-laki batch aku di IPG bertunang dengan kekasihnya setelah lama bercinta di IPG. Bravo bravo :).. So memang musim lah cuti macam ni. Tak lupa juga kepada junior-junior dan juga rakan ragbi (Mail) serta rakan baik dari duduk estet (Along) yang masing- masing telah mengikat tali pertunangan.

Kinda raise question for myself, my turn? Rilex..It will come beybeh.haha. 

*Selamat Pengantin Baru dan selamat bertunang buat semua di sekeliling saya :)

Sunday, December 02, 2012

Closure.

Setelah dua tahun end of relationship dengan ex aku, akhirnya aku mempunyai kesempatan untuk membuat proper closure. Sebab maybe banyak benda yang buat dia tertanya-tanya dengan aku, even before ni kitorang dah bincang why it happened, dan masing-masing tak berjaya jumpa jalan kembali. Aku pun lepas tu macam nak tak nak reply apa-apa dia tanya. Salah aku jugak. Sebab nampak usaha dia untuk memenangi hati aku kembali. Tapi bila dah relationship yang on off sejak 5 tahun, perasaan tu dah jadi pudar. Semangat aku dah takde untuk merapatkan kembali benda yang sememangnya sudah rapuh. Maybe it's time for us to take a break. Sejak itu, aku menyibukkan diri di maktab, bersuka ria dengan kawan-kawan, main, makan, tidur, focus on family issues..itu sahaja. Kami jarang berinteraksi selepas itu, sebab aku sendiri yang try to let go everything slowly..

Don't get me wrong, aku juga ada interaksi dengan rakan perempuan yang lain, ada juga kenalan dan ada juga interest in searching and finding the right one. Cuma kadang-kadang aku tak perasan yang aku sering bagi 'mixed signal' then aku just treat as friend. Several of my friends told that when I'm always gave the wrong idea. Treated the girl nicely and then, slowly became friends again. Ahh, I'm so sorry. That's my bad...kadang-kadang aku tak perasan pun , tapi sebab aku dah terbiasa merutinkan diri dengan benda-benda lain, handphone aku tak terusik sangat.

Awal pagi tadi, aku bawak keluar barang-barang dari kotak yang aku bawak balik dari hostel hari tu. Satu-satunya kotak yang belum terusik. Then aku bukak, kemas tiba-tiba terjumpa this one thing...

My Favourite Kamen Rider : Kamen Rider V3


Keychain bersaiz besar ini diberi kepada aku beberapa bulan lepas, dipassing oleh Ain yang eventually kawan dengan ex aku masa kitorang still in a relationship dulu. Dia buat sendiri ni, sebab aku tau yang dia memang buat bisnes benda ni..Masa aku dapat tu aku terus gantung kat dashboard aku kat bilik. Tapi aku seriously tak ingat, aku dah terima kasih kat dia belum. Ahh teruknya aku kan? Lepas tu aku terus main badminton rasanya. My mind was still on to the same routine over and over again at that time. 

Lepas ni aku harap dia sentiasa hepi dan bahagia..I really mean it. 

"Sorry, I didn't mean to hurt you or ignore you in any way. I just needed space and tried so hard to cheer myself up on my own. I did carry a lot of burden but with our problems before, I couldn't bear to put on those burden towards you..Take care Eton. Best of luck~"